Kempen Cara Hidup Sihat 1992

logo

Tema yang dipilih bagi Kempen Cara Hidup Sihat tahun ini adalah "AIDS Pembunuh". Objektif nav aids a1 utama kempen adalah memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai langkah-langkah utama pencegahan AIDS seperti jangan menagih dadah, jangan berkongsi jarum suntikan serta jangan mengamalkan hubungan seks secara rambang.

AIDS merupakan satu penyakit yang amat berbahaya pernah melanda umat manusia sejagat. Ketiadaan vaksin dan ubat untuk mencegah dan menghapuskan penyakit AIDS menyukarkan usaha untuk mengawal AIDS. Tambahan pula jangkitan HIV berkait rapat dengan tingkah laku dan cara hidup individu yang amat sensitif dan peribadi

AIDS telah mewujudkan pelbagai fenomena sejak melanda dunia. Pelbagai implikasi sosio budaya, ekonomi dan politik telah timbul akibat wabak ini. Jangkitan HIV bermula sejak 1970 dan penyakit AIDS akibat jangkitan HIV mula dikenal pasti pada tahun 1981.

AIDS bermaksud (Acquired Immuno Deficiency Syndrome) atau Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit
A Acquired : Bermaksud jangkitan yang dipindahkan daripada individu kepada individu lain dan bukan daripada keturunan.
I Immuno  : Keupayaan semulajadi badan melawan penyakit/jangkitan.
D Deficiency : Kurang/lemah.
S Syndrome : Gabungan tanda-tanda dan gejala-gejala

APA ITU HIV
HIV bermaksud Human Immuno Deficiency Virus. Sejenis virus daripada kumpulan retrovirus yang menghasilkan jangkitan sepanjang hayat pesakit. Kuman virus ini boleh menyebabkan kerosakan sistem daya tahan tubuh secara perlahan-lahan.

nav aids a2 APA ITU HIV POSITIF
Seseorang yang telah disahkan mempunyai HIV dalam tubuh mereka tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda dan gejala penyakit serta boleh menjangkitkan orang lain. Individu yang menunjukkan HIV positif digelar Pembawa HIV. Pembawa HIV kelihatan sihat dan dapat menjalankan aktiviti harian seperti orang biasa untuk satu jangka masa yang panjang (5 - 10 tahun).


APA ITU AIDS
AIDS merupakan peringkat terakhir jangkitan HIV iaitu sistem daya ketahanan badan melawan jangkitan telah dilumpuhkan. Pelbagai tanda dan gejala penyakit oppurtunist seperti kandidiasis, kayap, jangkitan paru-paru, dan kanser akan wujud dan berakhir dengan kematian.

TANDA-TANDA DAN GEJALA AIDS

  • Cirit-birit berlarutan.Barah kulit (Kaposi's Sarcoma).
  • Susut berat badan melebihi 10% tanpa sebab tertentu
  • Demam yang berpanjangan
  • Batuk-batuk yang berterusan.
  • Penyakit kandisiasis di bahagian mulut.
  • Barah kulit (Kaposi's Sarcoma).
  • Penyakit herpes simplex (sejenis kayap) merebak dan berulangan.
  • Jangkitan paru- paru (Pneomocystitis carinii pneumonia).
  • Sejenis protozoa boleh menyebabkan kematian 10-30% pesakit jika tidak dirawat.
nav_aids_a3.gif

CARA-CARA AIDS MEREBAK
Virus HIV boleh didapati di dalam darah, air mani dan cairan faraj. Virus ini juga terdapat dalam tisu badan, organ, bendalir dalam tulang belakang dan otak. HIV juga dapat dikesan dalam kadar yang sedikit di dalam air mata, air liur, air kencing dan susu badan.

Virus HIV boleh dipindahkan melalui:-

  1. Hubungan seks dengan seseorang yang telah dijangkiti HIV seperti dengan pelacur atau dengan berbilang pasanganav aids a5n yang tidak diketahui status kesihatan mereka.
  2. Menerima darah yang telah dicemari atau hasilan darah daripada  orang yang telah dijangkiti HIV seperti semasa pemindahan darah, pada jarum suntikan atau pada alat-alat penembus kulit seperti alat tindik telinga, tatu, pisau cukur dan pisau berkhatan.
  3. Melalui ibu yang telah dijangkiti kepada bayinya sebelum, semasa atau selepas bersalin

    LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN
  1. Jangan lakukan hubungan seks luar nikah atau dengan orang yang tidak dikenali dan anda tidak mengetahui status kesihatannya.
  2. Bersifat setia terhadap pasangan.
  3. Gunakan kondom dengan cara yang betul untuk suami yang telah dijangkiti HIV.
  4. Jangan menggunakan jarum suntikan yang telah dicemari.
  5. Amalkan cara hidup yang sihat.

    Seseorang itu tidak dijangkiti HIV melalui;
  1. Berpegang tangan dan bersalaman.
  2. Berkongsi kemudahan awam misalnya telefon.
  3. Berkongsi menggunakan cawan, gelas dan sudu.
  4. Melalui makanan atau minuman.
  5. Ciuman/pelukan.
  6. Gigitan serangga seperti nyamuk dan kutu.
  7. Pergaulan di sekolah atau di tempat kerja.
  8. Berkongsi buku (sekolah).
  9. Berkongsi menggunakan bilik mandi dan tandas

AIDS , Jawapan kepada
Kemusykilan Anda
(B.Malaysia)

AIDS , Jawapan kepada
Kemusykilan Anda
(English)

AIDS , Jawapan kepada Kemusykilan Anda
(B. Cina)

AIDS , Jawapan kepada Kemusykilan Anda
(B.Tamil)

AIDS Pembunuh, Jauhilah
Bahaya ini! Hentikan
Penyuntikan Dadah
(B.Malaysia)

AIDS is a Killer:
Dont take the risk :
Stop Injecting DADAH
(English)

Bijak Berwaspada
(B.Malaysia)

Wise Up
(English)

Apabila didapati
Positif kepada HIV
(B.Malaysia)

Ujian Antibodi HIV
(B.Malaysia)

Ujian Antibodi HIV
(English)

Being HIV POsitive
(English)

Cara Berasmara Tanpa
Hancurnya Jiwa
(B.Malaysia)

How to survive sex
(English)

Women and AIDS
(English)

Buku Log PROSTAR
(664 KB)

Amalkan Cara Hidup Sihat
(B.Malaysia)

Amalkan Cara Hidup Sihat
(English)

Amalkan Cara Hidup Sihat
(B. Cina)

Amalkan Cara Hidup Sihat
(B.Tamil)

Wanita dan AIDS
(B.Malaysia)

Wanita dan AIDS
(English)

Wanita dan AIDS
(B.Cina)

Wanita dan AIDS
(B.Tamil)

Hello Brader: Tak mainlah
kongsi-kongsi jarum
(B.Malaysia)

Hello Brader: Tak mainlah
kongsi-kongsi jarum
(English)

Hello Brader: Tak mainlah
kongsi-kongsi jarum
(B.Cina)

Hello Brader: Tak mainlah
kongsi-kongsi jarum
(B.Tamil)

Jika Ujian Antibodi
HIV Positif
(B.Malaysia)

Jika Ujian Antibodi
HIV Positif
(B.English)

Jika Ujian Antibodi
HIV Positif
(B.Cina)

Jika Ujian Antibodi
HIV Positif
(Tamil)

Remaja Bermaklumat
(B.Malaysia)
(532 KB)

Youth with information
acts smart prevent AIDS
(English)

Jika Ujian Antibodi HIV Positif
(B.Malaysia)

Buku Log PROSTAR Sekolah

Hello Brader...
(B.Malaysia)

Hello Brother,.....
(English)

Amalkan Cara Hidup Sihat
(B.Malaysia)

Informasi Prostar
(B.Malaysia & English)

Universal infection
control precaution
(335kb)

Guideline on the management
of infected health care worker
(192kb)

STD Series V: Guidelines
on Counseling of Sexually
Transmitted Diseases
(119kb)

Guideline on counseling
of HIV Infection and AIDS
(175kb)

A guide to AIDS
Education programme
[188 KB]

Guideline for nursing management
of people infected with
HIV/AIDS [217 KB]

STD Series I :
Protocol for management of
Sexually Transmitted Diseases
for doctors. [497 KB] 

STD Series IV :
Surveillance for Sexually
Transmitted Diseases
[559 KB]

STD Series II :
Protocol for management of Sexually Transmitted Diseases for paramedical staff
[455 KB] 

STD Series III :
Laboratory Manual for the Diagnosis of Sexually Transmitted Diseases
[244 KB]

Panduan Umum Untuk Anggota Kesihatan bagi Program Saringan Ujian HIV Untuk Ibu
Mengandung
(BM) (1,799KB)

Code of Practice on
Prevention and Management
of HIV/AIDS at the
work place (8,422 KB)

Kod Amalan Pencegahan dan Pengurusan HIV/AIDS
di tempat kerja
(9,948 KB)

Garispanduan Pencegahan
Umum Di Rumah
(4,401 KB)

Garispanduan Pengurusan Jenazah Islam Dari Aspek Kesihatan
(1,704 KB)

Garispanduan Perawatan Pesakit HIV/AIDS Di rumah

Panduan Saringan HIV Sukarela
Tanpa Nama (1,522 KB)

Standard Precaution
(497 KB)

 

National Strategic Plan:
(699 KB)

 

Plan of Action:
For the Prevention and
Control of HIV Infection
(6,111 KB)

Buku Panduan
PROSTARNET
(1,045 KB)

Panduan Pengurusan Ibu Yang Didapati Reaktif Kepada Ujian HIV
(BM) (973 KB)

Garis Panduan Pengendalian
Jenazah Islam Dari
Aspek Kesihatan
(BM)

Panduan UJian Saringan HIV
Secara Sukarela dan
Tanpa Nama
(B.Malaysia) (1158kb)

Panduan Ujian Saringan HIV Secara Sukarela Tanpa Nama
(English) (457 kb)

National Strategic Plan
(English)

Standard Precaution
(English)

Modified Syndromic
Approach(MSA)
(B.Malaysia)

Buku Program Pencegahan
HIV di Klinik Kesihatan
(PPHIV)

Manual Latihan
Remaja PROSTAR

Dia mangsa : Perbuatan tidak bertanggungjawab
(B.Malaysia)

He is a victim... of irresponsibility
(English)

Sudah 5 tahun rumahtangganya
(B.Malaysia)

She's had 5 blissful years of marriage...
(English)

Wise Up To AIDS Know
Your ABC For Life
(English)

Bijak berwaspada! Ketahui ABC untuk mengelakkan AIDS
(B.Malaysia)

Wise up to AIDS-
(English)

Bijak berwaspada
Terhadap AIDS
(B.Malaysia) 

Carta Dinding AIDS
Untuk Klinik - 1993
(B.Malaysia)

Musuh Yang Berselindung
(B.Malaysia)

Dangerous Liason
(English)

He's got his mother's eyes
(English)

Adakah pemindahan darah
benar-benar perlu?  
(B.Malaysia)

Are blood transfusion
really necessary
(English)

AIDS PEMBUNUH: Sayangi Keluarga:
Jauhi Dadah dan Maksiat:
(B.Malaysia)

AIDS is a Killer:
Stay away from drug
and vice (English)

Berasmara seperti
menunggang motorsikal
(B.Malaysia)

Making love is like
riding a bike
(English)

Dalam masa 3 minit...
(B.Malaysia)

The next 3 minutes...
(English)

AIDS PEMBUNUH:
Aid boleh merebak
(B.Malaysia)

AIDS is a Killer:
AIDS can be Spread..
(English)

AIDS PEMBUNUH:
Aids boleh merebak...
(B.Malaysia)

AIDS is a Killer:
AIDS can be spread...
(English)

Dia menunggu ajal kerana
AIDS dan dalam kesepian
(B.Malaysia)

Is he safe.
(English)

The measure of LOVE
(English)

Nampak sihat tetapi
mungkin bahaya
(B.Malaysia)

The blood bank
needs you today.
(English)

All donated blood is carefully...
(English)

 

Sekiranya gaya hidup
anda mendedahkan
anda kepada risiko
jangkitan AIDS
(B.Malaysia)

Satu cara yang pasti untuk
mencegah AIDS
(B.Malaysia)

Saya menderita kerana AIDS….
(B.Malaysia)

AIDS: Is really painful
(English)

Saya menderita kerana AIDS…
(B.Cina)

Saya menderita
kerana AIDS….
(B.Tamil)

Ingat -Jika Anda Ke Negara Lain - 1994
(B.Malaysia)

If you going abroad, REMEMBER
(English)

AIDS: Maklumat untuk penderma darah
(B.Malaysia)

Anda mungkin
mangsa AIDS jika
(B.Malaysia)

Jika bakal suami anda pernah
menagih dadah
(B.Malaysia)

Jika bakal suami anda pernah
menagih dadah
(English)

Jika bakal suami anda pernah
menagih dadah 
(B.Cina)

Don't bring home AIDS
(English)

Awasi AIDS
(B.Malaysia)

AIDS Pembunuh;
Sayangi Diri. Bijak Berwaspada
(B.Malaysia)

Jangan bimbang AIDS tidak boleh merebak melalui..
(B.Malaysia)

Ke arah Kehidupan yang
sejahtera untuk Pembawa HIV
(B.Malaysia)

Saya ada HIV:
Mahu Dukung Saya
(B.Malaysia)

Saya ada HIV:
Mahu Dukung Saya
(English)

Prostar.com.my
(B.Malaysia)

Jalani Ujian HIV
(B.Malaysia)

Penyakit Kelamin
(B.Malaysia)

Saya ada HIV:
Mahu Dukung Saya
(B.Cina)

Saya ada HIV:
Mahu Dukung Saya
(B.Tamil)

 

 

Cetak Emel

Bahagian Pendidikan Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia, Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62590 Putrajaya, Malaysia.


Tel : +603 88834500 Faks : +603-88886262 Emel : infosihat@moh.gov.my

media facebook media instagram media twitter rss media youtube rss