Kempen Cara Hidup Sihat 1993

makanan logo

 Makanan Bersih: Keluarga Sihat
Tema yang dipilih pada tahun ini ialah " Makanan Bersih Keluarga Sihat ". Selaras dengan pertumbuhan ekonomi yang pesat, sektor industri pemakanan khususnya premis-premis makanan turut berkembang. Di sebalik pertumbuhan yang sihat didapati ramai pengusaha premis makanan yang tidak mengamalkan cara-cara pengendalian makanan yang bersih. Daripada sudut pengguna pula, mereka tidak mementingkan aspek ini disebabkan kesibukan mereka dalam menjalankan tugas harian. Objektif kempen ialah memberikan tumpuan untuk meningkatkan pengetahuan, sikap dan amalan pengendalian makanan yang bersih dan selamat sama ada di kalangan pengusaha premis mahupun pengguna.

Kebersihan Dan Keselamatan Makanan
Masyarakat digalakkan untuk mengamalkan langkah-langkah perlu bagi menjamin tahap atau mutu makanan yang diambil adalah bersih dan selamat. Masyarakat disarankan untuk mengamalkan amalan seperti berikut;

nav kebersihanmakanan a1

  1. Pilihlah makanan yang selamat.
  2. Pilihlah bahan makanan mentah yang segar.
  3. Pilihlah makanan yang telah diproses untuk keselamatan.
  4. Makanan yang telah dimasak dengan sempurna.
  5. Pilihlah makanan yang baru dimasak.
  6. Pilihlah makanan yang disimpan dengan cara yang betul, bersih dan selamat.
  7. Pilih premis makanan yang bersih.
  8. Makanan yang selamat diperoleh daripada premis makanan yang
    bersih.
  9. Pilih premis makanan yang mempunyai pekerja yang mengamalkan kebersihan diri dan pengendalian makanan yang sempurna.
  10. Premis makanan yang mempunyai persekitaran yang bersih.
  11. Sedia dan kendalikan makanan dengan cara yang betul untuk menghasilkan makanan yang nav kebersihanmakanan a2selamat.
  12. Basuh bahan mentah dengan sempurna di kawasan yang bersih.
  13. Elakkan pencemaran silang semasa mengendalikan makanan.
  14. Gunakan peralatan yang bersih semasa menyediakan makanan
  15. Amalkan tabiat kebersihan diri yang baik semasa mengendalikan makanan.
  16. Masak makanan dengan sempurna.
  17. Hidang makanan sebaik sahaja dimasak.
  18. Amalkan kaedah penyimpanan makanan yang betul.
  19. Simpan makanan mentah berasingan dengan makanan yang
    telah dimasak.
  20. Jangan simpan makanan yang telah dimasak atau lebihan makanan pada suhu bilik lebih dari 4 jam.
  21. Simpan makanan sejuk atau makanan dingin pada suhu dan
    ruang yang betul dalam peti sejuk sebaik sahaja makanan tersebut dibeli.
  22. Jangan simpan makanan yang telah dimasak atau lebihan makanan di dalam peti sejuk melebihi 5 hari.
  23. Simpan makanan kering di dalam bekas yang kedap udara dan simpan di tempat yang kering, sejuk dan mempunyai pengaliran udara yang baik serta bebas daripada serangga.

 

Cetak Emel

Bahagian Pendidikan Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia, Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62590 Putrajaya, Malaysia.


Tel : +603 88834500 Faks : +603-88886262 Emel : infosihat@moh.gov.my

media facebook media instagram media twitter rss media youtube rss