HePiLI

           Pengenalan HePiLI

Program Promosi Kesihatan di Institusi Pendidikan atau Health Promotion in Learning Institutions (HePiLI) telah diperkenalkan pada tahun 2018 di mana semua program yang melibatkan institusi pendidikan telah diletakkan di bawah sektor yang sama. Program-program HePiLI dilaksanakan seawal peringkat prasekolah/tabika sehingga institusi pengajian tinggi bertujuan mendedahkan generasi muda dengan pengetahuan dan kemahiran asas kesihatan, membentuk sikap serta amalan kesihatan yang baik.

Berikut adalah program-program di bawah HePiLI:

  • Program Tunas Doktor Muda (TDM) untuk kanak-kanak Prasekolah dan Tabika
  • Program Doktor Muda (KDM) untuk murid tahun 4,5 dan 6 bagi sekolah rendah dan semua murid sekolah menengah
  • Program IMFree untuk murid sekolah rendah
  • Program Ekspresi Anak Remaja Lestari (PEARL) untuk murid tingkatan 1 sekolah menengah
  • Program Siswa Sihat (PROSIS) untuk pelajar Institusi Pengajian Tinggi

           Tekan untuk akses Coffee Table Book

Pengenalan:

Program Tunas Doktor Muda (TDM) dilaksanakan di peringkat Prasekolah (KPM), Tabika KEMAS dan Tabika Perpaduan dengan memfokuskan kepada kemahiran asas kesihatan untuk kanak-kanak yang berumur 5 dan 6 tahun. Terdapat 7 tingkah laku yang harus dinilai iaitu :

  • Membasuh tangan dengan betul.
  • Menggosok gigi dengan betul.
  • Makan pelbagai jenis makanan terutamanya buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Membuang sampah di tempat yang betul.
  • Tahu mengenai sentuhan OK dan Tak OK.
  • Mahir tentang lihat, hidu, rasa.
  • Mengenal dua jenis ubat (tablet/kapsul dan sirap).
Perkembangan Tunas Doktor Muda
2014: Pelaksanaan program secara rintis di Tabika KEMAS.
2015: Pelaksanaan program secara rintis di Prasekolah KPM.
2016: Diperluaskan di Tabika KEMAS dan Prasekolah KPM seluruh negara.
2020: Peluasan program ke Tabika Perpaduan.

PADUKA

Buku Aktiviti Keselamatan Makanan
.PDF

Garis Panduan Pelaksanaan Program Perpaduan Dan Keselamatan Makanan (PADUKA)
.PDF
 


Modul dan Carta Selak

Modul HePiLI : Pra Sekolah dan Tabika
.PDF

Jom Berus Gigi Dengan Betul
.PDF

Pilih Makanan Yang Sihat
.PDF

Membuang Sampah Di Tempat Yang Betul
.PDF

Gigiku Bersih
.PDF

Aktif dan Ceria
.PDF

Sentuhan Ok Tak Ok
.PDF

Memakai Pakaian Yang Bersih
.PDF

Mari Mandi Dan Cuci Rambut
.PDF

Mari Berkawan
.PDF

Menangani Kemarahan
.PDF


Buku Cerita

Adoi, Sakit Perutku
.PDF

Aisyah Dan Basikal Kesayangan
.PDF

Cenderawasih Yang Sombong
.PDF

Hafiz Yang Comot
.PDF

Hidup Sehelai Kertas
.PDF

Sawi Yang Gembira
.PDF


Video


Audio

 


Poster

Gosok Gigi 2 Kali Sehari
.PDF
 
Pengenalan:

Program Doktor Muda merupakan sebuah program pemerkasaan murid sekolah yang berperanan sebagai agen bagi mempromosikan cara hidup sihat kepada rakan sebaya, warga sekolah, dan ahli keluarga.

Evolusi Kelab Doktor Muda
1989: Program Doktor Muda mula diperkenalkan di SK Seri Biram, Pahang.
2006: Diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai salah satu aktiviti kokurikulum di sekolah rendah dan dikenali sebagai Kelab Doktor Muda.
2012: Perluasan Kelab Doktor Muda ke Sekolah Menengah.
2015: Meneruskan kesinambungan Kelab Doktor Muda Program Kesihatan Integrasi (PPKI).
2018: Kelab Doktor Muda diperkenalkan di sekolah Murid Orang Asli.

Objektif:
  • Untuk membentuk tabiat kesihatan di kalangan murid sekolah rendah dengan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran asas kesihatan.
  • Menggalak ibu bapa atau penjaga supaya memberi perhatian wajar kepada kesihatan anak-anak.
  • Memperkukuh penglibatan guru serta warga sekolah lain dalam usaha meningkatkan kesihatan pelajar.
  • Mempertingkat kerjasama amalan kesihatan yang baik di kalangan murid sekolah rendah dan menengah.
Aktiviti Kelab Doktor Muda:
  • Menyampaikan maklumat kesihatan kepada rakan sebaya, warga sekolah dan ibu bapa.
  • Membimbing ke arah cara hidup sihat.
  • Membantu mewujudkan persekitaran sekolah yang bersih, sihat dan selamat.
  • Membantu anggota kesihatan dan pihak sekolah dalam aktiviti perkhidmatan kesihatan sekolah.
  • Pemberitahuan kejadian penyakit / masalah kesihatan.
  • Merawat kecederaan ringan.
  • Mencatat aktiviti yang dijalankan ke dalam buku laporan.

 

Bahan Bantu Mengajar:

Modul HePiLI : Kelab Doktor Muda Sekolah Rendah Edisi 4
.PDF

Modul HePiLI : Pendidikan Khas Sekolah Rendah
.PDF

Modul HePiLI : Kelab Doktor Muda Sekolah Orang Asli
.PDF

Modul HePiLI : Kelab Doktor Muda Sekolah Menengah
.PDF

Garis Panduan Kurikulum Kelab Doktor Muda Sekolah Rendah
.PDF

Garis Panduan Kurikulum Kelab Doktor Muda Pendidikan Khas
.PDF

Garis Panduan Kurikulum Pembimbing Rakan Sebaya Kelab Doktor Muda Pendidikan Khas
.PDF

Garis Panduan Kurikulum Kelab Doktor Muda Sekolah Murid Orang Asli
.PDF

Buku Perlembagaan Kelab Doktor Muda Sekolah Murid Orang Asli
.PDF

Buku Catatan Aktiviti Harian Kelab Doktor Muda Sekolah Murid Orang Asli
.PDF

Garis Panduan Kurikulum Kelab Doktor Muda Sekolah Menengah
.PDF


Permainan

Kad Kilauan Sihat
.PDF
 


Komik/Majalah

Pengenalan:

IMFree merupakan satu program pendidikan dan pencegahan amalan merokok dalam kalangan murid sekolah rendah di seluruh Negara. Komponen IMFree juga dilaksanakan di prasekolah melalui sisipan dalam Program Tunas Doktor Muda di seluruh negara.

Bagaimana ia bermula?
2014: Mesyuarat melibatkan KKM dan KPM bagi pembentukan dan pelaksanaan program Tak Nak Merokok kepada kanak-kanak dan murid sekolah.
2015: Training of Trainers (TOT) Peringkat Kebangsaan kepada guru IMFree sekolah rintis.
2016: Pelaksanaan di 36 buah sekolah rintis di seluruh Negara.
2017: Pelancaran Program IMFree di SK Sg Pinang, Balik pulau, Pulau Pinang.

Objektif:
  • Memberi pengetahuan tentang bahaya merokok.
  • Memberi kemahiran untuk menyampaikan maklumat tentang bahaya merokok.
  • Melatih murid sebagai agen / pencetus / penyampai maklumat perubahan kepada rakan dan keluarga terhadap bahaya merokok.

Bahan Bantu Mengajar Tahun 1

Modul HePiLI : Buku Lembaran Kerja IMFree Tahun 1
.PDF

Modul HePiLI : Pakej Program IMFree
.PDF

Modul HePiLI : Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti IMFree Tahun 1
.PDF
 

Bahan Bantu Mengajar Tahun 2

Modul HePiLI : Buku Lembaran Kerja IMFree Tahun 2
.PDF

Modul HePiLI : Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti IMFree Tahun 2
.PDF
 

Bahan Bantu Mengajar Tahun 3

Modul HePiLI : Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti dan Buku Lembaran Kerja IMFree Tahun 3
.PDF
   

Komik IMFree

Buaya Oh Buaya
.PDF
 
Pengenalan:

Program intervensi yang berfokus untuk meningkatkan resilien murid dan seterusnya mengurangkan peratusan murid yang terlibat dalam tingkah laku berisiko. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bekerjasama dengan UNICEF Malaysia, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan bersama-sama agensi lain seperti Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(SKMM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Program ini masih dalam peringkat pembangunan tools saringan dan modul intervensi.

Pengenalan:

Program Siswa Sihat (PROSIS) merupakan satu kolaborasi bijak Kementerian Kesihatan Malaysia bersama-sama Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memperkasakan siswa siswi Institusi Pengajian Tinggi (IPT) pembudayaan hidup sihat. Program ini telah bermula sebagai projek rintis pada tahun 2011 di beberapa Universiti Awam yang terpilih sahaja namun kini telah diperluaskan ke Kolej Komuniti, Politeknik, Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru. Sehingga Januari 2021, sebanyak 73 buah IPT telah menubuhkan PROSIS.

Perjalanan PROSIS:
2011:

Mula dilaksanakan secara rintis di 4 IPT :

  • UUM
  • UKM
  • UMT
  • UMS
2012: Perluasan ke universiti-universiti awam.
2016: Perluasan ke university swasta, kolej matrikulasi, politeknik, kolej komuniti, dan institusi perguruan.

Konsep:

Pendekatan rakan sebaya yang berkonsepkan ‘Dari Siswa, Melalui Siswa, Untuk Siswa’

Objektif:

Membudayakan amalan cara hidup sihat dalam kalangan siswa siswi IPT yang meliputi makan secara sihat, lakukan aktiviti fizikal, tidak merokok, pupuk minda sihat dan sihat tanpa alkohol.

Tema:

"Siswa Sihat, Siswa Cergas".

Senarai IPT Yang Telah Menubuhkan PROSIS:


Modul PROSIS

Modul HePiLI : Program Siswa Sihat (PROSIS)
.PDF
     
Pengenalan:
  1. HePiLI Go Digital merupakan projek kerjasama di antara Health Promotion in Learning Institutions (HePiLI), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Tujuan utama adalah untuk :
    • meningkatkan literasi kesihatan dengan mendidik dan memperkasa warga di Institusi Pendidikan secara meluas dan menyeluruh untuk pembudayaan hidup sihat dan
    • menyokong inisiatif HePiLI Go Digital untuk menyediakan akses yang mudah dan pantas (one click away) kepada kumpulan sasar utama HePiLI iaitu warga di Institusi Pendidikan untuk mendapatkan maklumat, bahan pendidikan, mesej serta aktiviti dan program berkaitan kesihatan secara atas talian.
  2. Portal DELIMa merupakan satu pelantar pembelajaran digital yang dibangunkan oleh KPM pada tahun 2019.
  3. Portal DELIMa menggunakan rangkaian perkhidmatan yang disediakan oleh Google Workspace for Education termasuklah Bilik Darjah Google atau Google Classroom (GC) sebagai aplikasi utama.

Kandungan Google Site HePiLI dalam Portal DELIMA, KPM

Topik Pendidikan kesihatan yang menyentuh kandungan berbeza disentuh dalam dua (2) kumpulan sasaran iaitu:

    1. Sekolah Rendah
      • Kebersihan Diri;
      • Kebersihan Persekitaran;
      • Aktif Setiap Hari;
      • Makan Secara Sihat dan Selamat;
      • Minda Sihat;
      • IMFree – Tak Nak Merokok

  1. Sekolah Menengah
    • Kebersihan Diri;
    • Kebersihan Persekitaran;
    • Aktif Setiap Hari;
    • Makan Secara Sihat dan Selamat;
    • Minda Sihat & Resilien;
    • Tak Nak Merokok
Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh layari https://hepili.moe-dl.edu.my/

Bahan-bahan Webinar “Hidup Bersama-sama virus COVID-19: Kanak-kanak dan Remaja"

PSA Norma Baharu di Sekolah

 

 
   

Infografik Kembali ke Sekolah

Tip Pemakaian Penutup Mulut dan Hidung (Mask)
.Ai

Pemakaian Pelitup Muka Berganda (Face Shield)
.Ai

Etika Batuk & Bersin
.PDF

Amalkan Cara Cuci Tangan Yang Betul
.Ai

Langkah Cuci Tangan Menggunakan Hand Sanitizer
.Ai

Vaksinasi COVID-19 Perlindungan Untuk Remaja
.Ai

Vaksinasi COVID-19 Bagi Remaja Berumur 12-17 Tahun
.Ai

Cara Mendaftar Untuk Program Vaksinasi COVID-19 Bagi Remaja Berumur 12-17 Tahun
.Ai

Proses Aliran Program Vaksinasi COVID-19 Bagi Remaja Berumur 12-17 Tahun
.Ai

Pemberian Vaksin COVID-19 Bagi Remaja Berumur 12 Hingga 17 Tahun
.Ai

Persediaan Ke Pusat Pemberian Vaksin (Remaja)
.Ai

Norma Baharu Di Sekolah : Saranan Kepada Ibu Bapa
.Ai

Gejala COVID-19 Di Kalangan Kanak-Kanak - 1
.Ai

Gejala COVID-19 Di Kalangan Kanak-Kanak - 2
.Ai

Anak Anda Kontak COVID-19 Jika
.Ai

Anak Anda Kontak COVID-19?
.Ai

Anak Anda Mempunyai Gejala COVID-19?
.Ai

Norma Baharu Di Sekolah :
Saranan Kepada Warga Sekolah

.Ai

Norma Baharu Di Sekolah :
Saranan Kepada Pengusaha Kantin

.Ai

Peranan Guru/Pentadbir Sekolah Sekiranya Murid Bergejala Atau Menjadi Kontak Kes COVID-19
.Ai

Penggunaan Kit Ujian Kendiri COVID-19 - 1
.Ai

Penggunaan Kit Ujian Kendiri COVID-19 - 2
.Ai

Penggunaan Kit Ujian Kendiri COVID-19 - 3
.Ai

Saranan Aktiviti Fizikal Bagi Umur 5-17 Tahun
.Ai

Jom Kawan-kawan Kita Aktif Sekarang!
.Ai

Pastikan Ambil Cukup Buah Dan Sayur Setiap Hari
.Ai

"Snacking" di rumah?
.Ai

Tip Penjagaan Kesihatan Mental Kendiri di Rumah
.Ai

Terus Patuhi SOP Walaupun Telah Lengkap Divaksinasi
.Ai

Ingat Kita Masih Perlu Patuhi SOP COVID-19
.Ai .PSD

Terus Patuhi SOP
.Ai

Infografik Lain-lain

 

 

 

 

 

Video

Lain-lain

NAK TAHU PERTANDINGAN DAN AKTIVITI HEPILI TERKINI? JOM IKUTI MEDIA SOSIAL HEPILI

Kemaskini pada 25 Oktober 2023

Cetak Emel

Bahagian Pendidikan Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia, Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62590 Putrajaya, Malaysia.


Tel : +603 88834500 Faks : +603-88886262 Emel : infosihat@moh.gov.my

media facebook media instagram media twitter rss media youtube rss