Kempen Cara Hidup Sihat 1994

anak sihat tonggak masa depan

 Kempen Cara Hidup Sihat 1994 bertemakan Promosi Kesihatan Kanak-Kanak yang bertujuan meningkatkan taraf kesihatan melalui promosi kesihatan yang optimum dalam penjagaan kesihatan kanak- kanak.Tema yang dipilih bagi kempen ini ialah "Anak Sihat Tonggak Masa Depan Negara" adalah bertepatan dan melibatkan seluruh keluarga dan mempunyai komponen-komponen yang memerlukan tindakan individu serta ahli keluarga. Ini selaras dengan usaha-usaha yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mencapai objektif Hari Kanak-Kanak Sedunia yang menekankan "pembangunan, survival dan perlindungan" kepada kanak-kanak.



Imunisasi

  1. Imunisasi melindungi kanak-kanak daripada lapan penyakit berbahaya iaitu hepatitis B, tibi, difteria, batuk kokol, tetanus, polio, campak dan rubella. Kanak-kanak yang diberi imunisasi lebih nav promosikanak a1berkemungkinan dijangkiti penyakit,mati atau hilang upaya.
  2. Imunisasi perlu disegerakan. Semua imunisasi primer perlu dilengkapkan sebelum kanak-kanak mencapai umur setahun. Setiap lawatan ke klinik kesihatan atau hospital mesti dimanfaatkan untuk mendapatkan imunisasi.
  3. Pemberian imunisasi kepada kanak-kanak yang tidak sihat adalah selamat.
  4. Setiap wanita yang berumur antara 15 hingga 44 tahun mesti mendapat imunisasi tetanus yang lengkap.
  5. Setiap perempuan di antara 7 hingga 44 tahun perlu diberi imunisasi rubella.

Pertumbuhan Kanak-Kanak

  1. Pertambahan berat badan yang teratur merupakan petunjuk yang penting dalam pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Kanak-kanak yang berumur di bawah enam tahun perlu kerap ditimbang bagi mengawasi pertumbuhan mereka.
  2. Susu ibu adalah makanan terbaik untuk kanak-kanak bagi empat hingga enam bulan selepas dilahirkan.
  3. Apabila mencapai umur empat hingga enam bulan bayi memerlukan makanan-makanan lain sebagai tambahan kepada susu ibu.
  4. Bayi berumur lebih daripada enam bulan perlu makan makanan lima hingga enam kali sehari.
  5. Semua kanak-kanak memerlukan makanan yang kaya dengan vitamin dan zat galian.
  6. Setiap kali selepas sakit, seseorang kanak-kanak memerlukan makanan tambahan bagi mempercepatkan pertumbuhan yang terganggu kerana penyakit.

Perkembangan Awal Kanak-Kanak

  1. Kanak-kanak mempelajari mengenai dunia melalui sentuhan, penglihatan, pendengaran, rasa dan menghidu.
  2. Bercakap dengan kanak-kanak akan merangsangkan mereka untuk bercakap lebih.
  3. Permainan menggalakkan pembelajaran.
  4. Aktiviti harian perlu dimanfaatkan untuk mendidik kemahiran sosial.
  5. Perhatian konsisten dan sama rata daripada ibu bapa adalah penting untuk pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak.
  6. Pengesanan kecacatan di peringkat awal akan dapat menentukan tindakan yang awal juga.
  7. Kemalangan.
  8. Pastikan rumah dan kawasan sekelilingnya selamat bagi melindungi kanak-kanak daripada terjatuh dan terluka.
  9. Kanak-kanak mesti dijauhkan daripada dapur panas, air panas dan semua jenis peralatan elektrik.
  10. Bahan-bahan beracun dan semua ubat-ubatan harus dijauhkan daripada dicapai oleh kanak-kanak.
  11. Kanak-kanak mesti diajar agar tidak memasukkan sebarang objek kecil ke dalam mulut, telinga dan hidung.
  12. Kanak-kanak tidak boleh ditinggalkan bersendirian di tempat takungan air untuk mengelakkan kejadian lemas.
  13. Kanak-kanak mesti diawasi semasa di jalan raya atau taman permainan.

Cetak Emel

Bahagian Pendidikan Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia, Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62590 Putrajaya, Malaysia.


Tel : +603 88834500 Faks : +603-88886262 Emel : infosihat@moh.gov.my

media facebook media instagram media twitter rss media youtube rss