Garis Panduan Penjagaan Kesihatan Semasa Banjir
Banjir adalah keadaan di mana air telah naik melebihi paras bahaya dan diisytiharkan banjir oleh pihak berkuasa.
Masalah-Masalah Yang Berlaku Semasa Banjir
Banjir boleh mendatangkan masalah / bahaya seperti :
- Lemas
- Terdedah kepada berbagai jenis kecederaan seperti terpijak benda tajam atau terjatuh ke dalam longkang
- Terkena renjatan elektrik
- Terdedah kepada jangkitan penyakit seperti taun, cirit-birit dan demam kepialu
Tindakan Yang Perlu Anda Lakukan Semasa Banjir
- Jauhi tempat-tempat yang dilanda banjir
- Pindah segera ke pusat pemindahan apabila diarah oleh pihak berkuasa
- Matikan semua punca bekalan elektrik apabila berpindah
- Tidak menyentuh dawai elektrik yang terjatuh di kawasan banjir
Bagaimana Kita Boleh Menjaga Kesihatan Ketika Berada Di Pusat Pemindahan?
- Sentiasa minum air yang telah dimasak
- Makan makanan yang dimasak sahaja. Elakkan memakan makanan mentah seperti sayur-sayuran yang belum dimasak dan ulam-ulaman
- Tudung semua makanan dan jangan makan makanan yang terdedah
- Jaga kebersihan diri dan kawasan sekeliling :
- Basuh tangan sebelum makan dan selepas ke tandas
- Guna tandas yang sempurna
- Buang sampah di tempat yang betul
- Dapatkan suntikan vaksin mengikut nasihat doktor
- Dapatkan rawatan segera sekiranya anda mengalami cirit-birit dan muntah-muntah
Garis Panduan
- Garis Panduan Umum Pengurusan Wabak Penyakit - Penyakit Bawaan Makanan dan Air di Malaysia
- Garis Panduan Pengurusan Wabak Tifoid di Malaysia
- Garis Panduan Pengurusan Wabak Kolera di Malaysia
- Garis Panduan Pengurusan Wabak Keracunan Makanan di Malaysia
- Garis Panduan Pengurusan Wabak Disentri di Malaysia
- Garis Panduan Pengurusan Wabak Hepatitis A di Malaysia
- Format Laporan dan Panduan Pengisian Borang
- Format Laporan dan Panduan Pengisian Borang (word & excel)
Bahan Media