Berita Terkini

Mesyuarat Penyelarasan Program MyCHAMPION COMBI Bil. 2/2024
11 - 13 Oktober 2024

Mesyuarat Penyelarasan Program MyCHAMPION COMBI Bil. 2/2024 telah berlangsung di Hotel Grand Continental, Kuala Lumpur pada 11-13 Oktober 2024 dihadiri 56 peserta terdiri daripada Penyelaras COMBI Negeri dan Jawatankuasa COMBI Kebangsaan. Objektif utama mesyuarat ini adalah untuk menilai pencapaian program sepanjang tahun 2024 dan menetapkan pelan tindakan bagi tahun 2025.

MyCHAMPION COMBI merupakan inisiatif Communication for Behavioural Impact sebagai platform dalam usaha membanteras wabak seperti demam denggi. Mesyuarat ini juga meneliti pelbagai aktiviti yang telah dijalankan, selain isu-isu yang dihadapi sepanjang tahun. Beberapa cadangan turut dibincangkan bagi memantapkan lagi khidmat kesukarelawan dan keberkesanan aktiviti di lapangan.

Sebagai sebahagian daripada agenda, ahli mesyuarat dibawa melawat ke Makmal Wolbachia, Klang. Lawatan ini bertujuan untuk menambah pengetahuan mengenai projek nyamuk ber-Wolbachia yang dilihat sebagai salah satu inovasi kawalan denggi. Projek ini bertujuan mengurangkan keupayaan nyamuk untuk menyebarkan virus, sekaligus menjadi solusi secara mampan dalam mencegah denggi. Pengetahuan dan pembelajaran daripada lawatan ini diharap dapat dimanfaatkan untuk memperluas peranan MyCHAMPION COMBI dalam aktiviti kawalan Denggi.


SAMBUTAN BULAN MALAYSIA SIHAT SEJAHTERA & HARI WARGA EMAS SEDUNIA JKNJ PERINGKAT NEGERI JOHOR
5 - 6 OKTOBER 2024

YB Tuan Ling Tian Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor telah merasmikan Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera & Hari Warga Emas Sedunia JKNJ Peringkat Negeri Johor di Pekarangan Wellness Hub Batu Pahat. Turut memberi ucapan semasa majlis perasmian adalah Dr. Hj. Mohtar bin Pungut @ Ahmad, Pengarah Kesihatan Negeri Johor dan YBhg. Dato' Tunku Muzafar Shah, Ketua Subkepakaran Geriatrik Kebangsaan.

Semasa perasmian, turut diadakan penyampaian Anugerah Warga Emas dan majlis penutup IFitEr peringkat negeri Johor.

Pelbagai aktiviti menarik telah dianjurkan termasuk program jangkau luar MyCHAMPION, Fun Run 5KM, forum warga emas, saringan kesihatan, pertandingan memanah, Neon Nite Ride, permainan interaktif, pertandingan aerodance serta cabaran bersama pempengaruh.


MAJLIS PELANCARAN PUTRAJAYA SIHAT SEJAHTERA
SEMPENA SAMBUTAN BULAN MALAYSIA SIHAT SEJAHTERA PERINGKAT PUTRAJAYA 2024

28 - 29 SEPTEMBER 2024

YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan, telah merasmikan inisiatif Putrajaya Sihat Sejahtera (PSS) di Dataran Wawasan, Presint 2, Putrajaya, sebagai sebahagian daripada Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS). Inisiatif ini bertujuan untuk mengurangkan faktor risiko kesihatan dalam kalangan penjawat awam, sekaligus mempromosikan budaya hidup sihat dan persekitaran yang lebih bersih di Putrajaya.

Bagi memeriahkan sambutan selama dua hari ini, pelbagai aktiviti menarik telah dianjurkan, termasuk saringan kesihatan, pertandingan lompat tali, gusti lengan, zumba neon, permainan interaktif, Langkah Sihat BMSS serta cabaran bersama pempengaruh. Tidak ketinggalan, Majlis Penutup MyVifiter juga berjaya diadakan dengan penuh meriah. Syabas diucapkan kepada semua pemenang dan semoga mereka terus kekal aktif, cergas dan sihat pada masa akan datang.


Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Bil.2/2024
24 September 2024

YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Bil.2/2024 di Putrajaya pada 24 September 2024.

Mesyuarat ini bertujuan untuk meluluskan Pelan Strategik Putrajaya Sihat Sejahtera (PSS) sebagai sebahagian daripada inisiatif di bawah ANMS, dengan penekanan untuk mewujudkan penjawat awam yang lebih sihat dan produktif. Dengan pendekatan 'whole of nation', kejayaan PSS bergantung kepada usaha memperkasa penjawat awam serta komitmen penuh daripada semua Kementerian, Jabatan dan Agensi dalam memastikan kesejahteraan kesihatan dimasukkan ke dalam setiap polisi.

Mesyuarat turut disertai oleh YB Dato’ Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan, YBhg. Dato’ Sri Suriani binti Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan dan YBhg. Datuk Dr. Muhammad Radzi bin Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan.


MAJLIS SAMBUTAN BULAN MALAYSIA SIHAT SEJAHTERA PERINGKAT KEBANGSAAN 2024
6 - 8 SEPTEMBER 2024

YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri, telah melancarkan Dasar Literasi Kesihatan Kebangsaan (DLKK) serta Kempen Perangi Gula sempena sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) yang diadakan di Port Dickson. Acara yang penuh meriah ini turut disertai oleh YAB Dato' Seri Utama Haji Aminuddin bin Haji Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan, YB Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan, YB Dato' M K Ibrahim bin Abd Rahman, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Sembilan dan YBhg. Tan Sri Dato' Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara.

DLKK adalah sebahagian daripada usaha Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) yang bertujuan untuk memperkukuh tahap literasi kesihatan rakyat Malaysia. Inisiatif ini diharapkan dapat mempromosikan amalan hidup sihat serta membantu menurunkan kadar penyakit yang semakin meningkat.

Pada majlis yang sama, YAB Perdana Menteri turut melancarkan Kempen Perangi Gula, mengajak semua pihak untuk bersama-sama mengurangkan pengambilan gula dalam kehidupan seharian. Pengambilan gula berlebihan dalam jangka masa panjang berisiko menyumbang kepada masalah berat badan, kerosakan gigi serta diabetes. Kenaikan kadar penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti diabetes membebankan kerajaan dengan peningkatan kos rawatan.

Selamat Menyambut Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS)!

Tunjukkan tanda solidariti anda dengan menyertai aktiviti-aktiviti sambutan sempena BMSS!


FIESTA PULAU PINANG SIHAT SEJAHTERA SEMPENA JELAJAH ANMS DAN BMSS PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG 2024
24 - 25 Ogos 2024

Fiesta Pulau Pinang Sihat Sejahtera sempena Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) dan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) Peringkat Negeri Pulau Pinang 2024 telah berlangsung pada 24 & 25 Ogos 2024 di Padang Taman Sembilang, Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Majlis perasmian fiesta ini telah disempurnakan oleh Exco Belia, Sukan dan Kesihatan Pulau Pinang, YB Gooi Zi Sen, yang turut diiringi oleh YBhg. Dato' Dr. Fazilah binti Shaik Allaudin, Pengarah Kesihatan Negeri Pulau Pinang dan Pn. Suraiya Syed Mohamed, Pengarah Bahagian Pendidikan Kesihatan.

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang fiesta, termasuk zumba, program outreach MyCHAMPION, sukan rakyat, pocket talk dan fun run. Acara ini mendapat sambutan hangat dengan kehadiran melebihi 5,000 pengunjung.

Fiesta turut dimeriahkan dengan kehadiran pempengaruh terkenal seperti Achey, Bell Ngasri, Mek Yun, Atu Zero, Arwan, Chi Howe dan Ravi Zephyr yang menambahkan lagi keterujaan para pengunjung.


ROADSHOW PUTRAJAYA SIHAT SEJAHTERA (PSS)
31 JULAI 2024

Kementerian Pelancongan Seni Dan Budaya (MOTAC) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini telah membuka tirai Roadshow Putrajaya Sihat Sejahtera (PSS) yang bermatlamat untuk memperkenalkan Inisiatif PSS dan mengenalpasti tahap kesihatan warga kerja MOTAC melalui saringan kesihatan. Pelaksanaan PSS adalah merupakan salah satu inisiatif di bawah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) yang bermatlamat untuk melahirkan penjawat awam yang sihat sejahtera agar produktif dalam membangunkan negara.

Kementerian Pelancongan Seni Dan Budaya (MOTAC) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini telah membuka tirai Roadshow Putrajaya Sihat Sejahtera (PSS) yang bermatlamat untuk memperkenalkan Inisiatif PSS dan mengenalpasti tahap kesihatan warga kerja MOTAC melalui saringan kesihatan. Pelaksanaan PSS adalah merupakan salah satu inisiatif di bawah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) yang bermatlamat untuk melahirkan penjawat awam yang sihat sejahtera agar produktif dalam membangunkan negara.


Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Bil.2/2024
4 Julai 2024

YB Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad, Menteri Kesihatan telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Bil.2/2024 di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. Mesyuarat telah dihadiri oleh Ketua-ketua Setiausaha dan Pengurusan Tertinggi dari setiap kementerian. Objektif utama mesyuarat kali ini adalah untuk meneliti dan seterusnya memperaku Pelan Strategik Inisiatif Pelaksanaan Putrajaya Sihat Sejahtera (PSS) bagi tujuan kelulusan di Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet ANMS yang akan dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri.

Selain itu turut dibentangkan Penemuan Tinjauan Literasi Kesihatan Malaysia & Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2023 serta Status Kemajuan Pelaksanaan PSS untuk makluman semua ahli-ahli mesyuarat yang hadir. Mesyuarat tersebut juga telah bersetuju agar satu Kertas Polisi berkaitan Work-Life Balance dikemukakan ke Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet ANMS akan datang bagi memastikan rakyat Malaysia mencapai keseimbangan di antara keperluan untuk bekerja dan pada masa yang sama menikmati kehidupan yang berkualiti.


Mesyuarat Pemurnian Pakej HePiLI Bil.1/2024
29 - 31 Mei 2024

Mesyuarat Pemurnian Pakej HePiLI Bil 1/2024 telah berlangsung di Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur pada 29-31 Mei 2024. Mesyuarat ini bertujuan memuktamadkan Pakej HePiLI bagi sekolah rendah, menengah, institusi pendidikan tinggi serta pakej resilien bagi Program Ekspresi Anak Remaja Lestari (PEARL). Mesyuarat turut dihadiri pegawai daripada Kementerian Pendidikan, Kementerian Pendidikan Tinggi, Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), guru-guru serta pegawai Kementerian Kesihatan daripada negeri dan daerah.


Kursus Kecemerlangan Diri Unggul Bagi Pegawai Pelaksana, Bahagian Pendidikan Kesihatan
10 – 12 Mei 2024

Unit Khidmat Pengurusan, Bahagian Pendidikan Kesihatan telah menganjurkan satu kursus bina semangat (team-building) khas bagi pegawai kumpulan pelaksana pada 10 – 12 Mei 2024 bertempat di Pusat Latihan DRB-Hicom, Port Dickson, Negeri Sembilan. Objektif kursus adalah untuk membina kecemerlangan diri, mengeratkan lagi silaturahim dan memupuk semangat kerja berpasukan di antara sesama pegawai.


Mesyuarat Pemurnian Isi Kandungan Portal MyHEALTH
8 - 10 Mei 2024

Sesi pemurnian kandungan portal MyHEALTH telah berlangsung pada 8-10 Mei 2024 bertempat di Hotel Lexis Port Dickson, Negeri Sembilan anjuran Bahagian Pendidikan Kesihatan. Mesyuarat ini bertujuan menyemak dan mengemaskini artikel portal MyHEALTH bagi memastikan ia sentiasa terkini, tepat dan relevan. Kerjasama dan sokongan dari para pakar yang hadir sangatlah dihargai.


Mesyuarat Penyelarasan Hala Tuju Fasa ke-3 & 4 ANMS dan Pelaksanaan Putrajaya Sihat Sejahtera (PSS)
8-10 Mei 2024

Mesyuarat ini selesai dilaksanakan di Symphony Suite Hotel, Ipoh Perak yang dihadiri oleh 63 peserta melibatkan Focal Point ANMS dari semua kementerian, agensi dan bahagian-bahagian berkaitan di KKM. Beberapa perkara telah dibincangkan dalam mesyuarat tersebut antaranya, cadangan untuk mewujudkan satu punca kuasa bagi pelaksanaan Inisiatif berkaitan Pembudayaan Hidup Sihat untuk penjawat awam selaras dengan objektif PSS, penyelarasan & pelaksanaan PSS di peringkat semua kementerian, kaedah pelaporan & report card kementerian yang seragam serta hala tuju ANMS untuk fasa seterusnya. Mesyuarat ini turut diserikan dengan kehadiran YBhg Datuk Dr Norhayati Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) selaku Panel Utama bagi sesi pembentangan hasil kerja kumpulan. Beliau berharap agar semua kementerian dapat memberikan komitmen yang penuh dalam memastikan kejayaan pelaksanaan ANMS termasuk Inisiatif PSS yang bakal dilancarkan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri pada 21 Julai 2024 di Putrajaya.


Mesyuarat Pemurnian Isi Kandungan Portal MyHEALTH
8 - 10 Mei 2024

Sesi pemurnian kandungan portal MyHEALTH telah berlangsung pada 8-10 Mei 2024 bertempat di Hotel Lexis Port Dickson, Negeri Sembilan anjuran Bahagian Pendidikan Kesihatan. Mesyuarat ini bertujuan menyemak dan mengemaskini artikel portal MyHEALTH bagi memastikan ia sentiasa terkini, tepat dan relevan. Kerjasama dan sokongan dari para pakar yang hadir sangatlah dihargai.


Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2023 Bahagian Pendidikan Kesihatan (BPK)

Tahniah diucapkan kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2023 Bahagian Pendidikan Kesihatan (BPK), KKM. Semoga pengiktirafan ini menjadi dorongan bagi mereka untuk terus cemerlang dalam menjalankan tugas-tugas mereka di masa akan datang. Diharapkan semua anggota BPK terus memberi yang terbaik dalam perkhidmatan kesihatan demi kesejahteraan masyarakat.

Senarai penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2023:

  1. Dr. Affendi bin Isa, Ketua Penolong Pengarah
  2. Noorul Izdiany binti Mokhtar, Penolong Pengarah Kanan
  3. Mohd Zaki Bin Abdul Rahim, Penolong Pengarah
  4. Norsyahida binti Muin, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
  5. Nurul Ain Binti Kamaludin, Penolong Pegawai Penyelidik
  6. Ahmad Zharif bin Mairop, Pembantu Penerbitan
  7. Muhammad Asrol Bin Dolah, Pembantu Operasi

Majlis Perasmian Wellness Hub Lahad Datu, Sabah
4 Mei 2024

YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah menyempurnakan Majlis Perasmian Wellness Hub Lahad Datu, Sabah. Wellness Hub ini menawarkan perkhidmatan kesejahteraan kesihatan yang komprehensif untuk pengukuhan pembudayaan hidup sihat termasuk peningkatan literasi kesihatan. Selain itu, perkhidmatan Wellness Hub di Lahad Datu dilengkapkan dengan Wellness on Wheels (WoW) iaitu perkhidmatan kesejahteraan kesihatan secara mobile bagi aktiviti jangkau luar (outreach) dalam memperkasa komuniti membudayakan hidup sihat.

Wellness Hub Lahad Datu telah memulakan operasinya pada 2 Januari 2024 dengan menawarkan 13 Pakej Perkhidmatan Kesejahteraan Kesihatan untuk pelbagai peringkat umur seperti Penilaian Faktor Risiko Kesihatan, Pengurusan Berat Badan (IFitEr), Bicara Sihat, Sokongan Kesejahteraan, My Green Hands, Perkhidmatan Berhenti Merokok, Runding Cara Hidup Sihat, MyCHAMPION, Resilien, Seni Kreatif, Wellness Studio, Gimnasium dan Galeri Infosihat.


BENGKEL GARIS PANDUAN KONVENSYEN MyCHAMPION
24 - 27 Mac 2024

Bengkel ini telah berjaya dilaksanakan di Hotel Ibis Kota Bharu, Kelantan. Seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada rakan strategi ANMS telah memberi sumbangan idea dalam penyediaan garis panduan tersebut.

Diharapkan garis panduan ini dapat digunakan oleh penyelaras MYCHAMPION peringkat negeri dan daerah semasa pemilihan pasukan atau ahli MYCHAMPION terbaik dalam melaksanakan aktiviti pemerkasaan komuniti ke arah pembudayaan hidup sihat dan kelestarian persekitaran.


Pelancaran Buku Digital ‘Jom Amalkan Tip Kekal Sihat dan Cergas Pada Bulan Ramadan’
20 Mac 2024

 

Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Bahagian Pendidikan Kesihatan telah menerbitkan buku digital Jom Amalkan Tip Kekal Sihat dan Cergas Pada Bulan Ramadan. Buku ini memberi panduan kepada rakyat Malaysia terutamanya kaum Muslimin untuk terus mengamalkan pembudayaan hidup sihat walaupun sedang menjalani ibadah puasa. Pelancarannya telah disempurnakan oleh YB Menteri Kesihatan dalam Perhimpunan Bulanan KKM.

Bahagian Pendidikan Kesihatan juga mendapat kerjasama Rakan Strategik ANMS untuk melakukan sebaran kepada orang awam di pelbagai platform media dan aktiviti jangkau luar. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat!

Semoga orang ramai mendapat manfaat dan menjadikan Ramadan kali ini lebih bermakna ke arah Malaysia Sihat Sejahtera.


MAJLIS PERASMIAN WELLNESS HUB TERENGGANU
9 MAC 2024

 

YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah menyempurnakan Majlis Perasmian Wellness Hub Terengganu di Kuala Nerus, Terengganu.

Wellness Hub ini merupakan salah satu inisiatif di bawah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) yang bertujuan menjadikan Rakyat Malaysia Sihat Sejahtera melalui pembudayaan hidup sihat dan kelestarian persekitaran melalui pendekatan 'whole of nation'.

Sehingga kini, sejumlah 33 Wellness Hub telah diwujudkan di seluruh negara dalam menyediakan kemudahan dan perkhidmatan kesejahteraan kesihatan kepada komuniti setempat.


MESYUARAT JAWATANKUASA KABINET AGENDA NASIONAL MALAYSIA SIHAT (ANMS)
4 MAC 2024

 

Parlimen - Mesyuarat ini merupakan mesyuarat kali kedua yang dipengerusikan oleh YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 4, Blok Ahli Parlimen dan Pentadbiran, Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur.

Mesyuarat disertai oleh kesemua kementerian yang turut dihadiri oleh YB Menteri, YB Timbalan Menteri, Ketua Setiausaha Kementerian, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian, Setiausaha Bahagian dan Pegawai-pegawai dari semua kementerian.


MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU AGENDA NASIONAL MALAYSIA SIHAT (ANMS) 2024
20 FEBRUARI 2024

 

Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) yang dipengerusikan oleh YB Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad, Menteri Kesihatan merupakan kali pertama diadakan pada tahun ini bertempat di Bilik Gerakan KKM, Aras 4, Blok E7, Kompleks E, Putrajaya.

Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian, Setiausaha Bahagian dan Pegawai-pegawai dari semua kementerian.


BENGKEL PENGHASILAN BAHAN PROMOSI PEMBUDAYAAN HIDUP SIHAT AGENDA NASIONAL MALAYSIA SIHAT (ANMS)
29 - 31 JANUARI 2024

anms 30 okt

anms 30 okt

Bengkel Penghasilan Bahan Promosi Pembudayaan Hidup Sihat Bagi Kempen Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) telah berjaya dilaksanakan pada 29-31 Januari 2024 bertempat di Hotel Villea Port Dickson, Negeri Sembilan. Bengkel ini telah dihadiri oleh 30 orang peserta dari pelbagai Bahagian di bawah Kementerian Kesihatan. Bengkel ini turut menampilkan panel hebat seperti Erma Fatima, Dr. Malar, Coach WFSufina dan Dr. Saiful Adli bagi berkongsi kepakaran dalam bidang masing-masing.

Bengkel ini bertujuan untuk bertukar pandangan dalam melahirkan idea serta pendekatan yang paling menarik dan kreatif bagi menghasilkan bahan-bahan promosi kempen. Enam (6) elemen yang diberi penekanan adalah aktiviti fizikal, ⁠pemakanan sihat dan selamat, ⁠saringan kesihatan, kesihatan mental, kesihatan ⁠persekitaran dan bahaya ⁠rokok dan vape yang menjadi asas utama dalam memupuk amalan pembudayaan hidup sihat.


anms 30 okt

anms 30 okt

Bahagian Pendidikan Kesihatan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Pn. Shareza binti Mardan, Jururawat Kesihatan (U32) dari Cawangan Mobilisasi Komuniti dan En. Iskandar Chin Abdullah, Juruaudio Visual [N22 (KUP)] dari Cawangan Media Kesihatan di atas pengurniaan Pingat Pangkuan Negara (PPN) sempena Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan pada Bulan Disember 2023. Diharapkan agar tuan & puan akan terus berkhidmat dengan lebih komited dan dedikasi demi kecemerlangan peribadi dan organisasi. Juga adalah menjadi harapan dengan pengurniaan pingat ini akan menjadi pencetus semangat buat warga kerja Bahagian Pendidikan Kesihatan yang lain.


MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU AGENDA NASIONAL MALAYSIA SIHAT (ANMS) 2023
30 OKTOBER 2023

anms 30 okt

Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) yang dipengerusikan oleh YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan merupakan kali pertama diadakan pada tahun ini bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 3, Blok Ahli Parlimen dan Pentadbiran Bangunan Parlimen, WP Kuala Lumpur. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian dan Pegawai Kanan dari Kementerian Kesihatan.


Konvensyen MyCHAMPION@KKM Peringkat Kebangsaan 2023
13 - 15 Oktober 2023, Subang Jaya

Konvensyen MyCHAMPION@KKM Peringkat Kebangsaan 2023 telah berlangsung dengan jayanya mulai 13 hingga 15 Oktober 2023 bertempat di Hotel Summit USJ, Subang Jaya. Majlis Perasmian pula telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan. Seramai 700 sukarelawan dan penyelaras MyCHAMPION kebangsaan dan negeri dari seluruh negara telah menghadiri konvensyen ini.  

Konvensyen MyCHAMPION ini merupakan konvensyen pertama yang dianjurkan bersama sukarelawan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang menggabungkan pasukan Sukarelawan “Communication for Behavioural Impact” (COMBI), Sukarelawan Komuniti Sihat Pembina Negara (KOSPEN), Sukarelawan Duta Kenali Ubat Anda (DKUA),Sukarelawan Ikon Gigi (IGG), Sukarelawan Panel Penasihat Klinik Pergigian (PPKK) dan Sukarelawan Wakil Kesihatan Kampung (WKK). KKM kini mempunyai seramai 53,556 sukarelawan yang bernaung di bawah payung MyCHAMPION.

Terima kasih di atas sumbangan yang diberikan oleh para sukarelawan MyCHAMPION! Diharapkan agar para sukarelawan terus bersemangat untuk bergiat aktif melaksanakan aktiviti kesukarelawan demi kepentingan dan kebaikan masyarakat serta negara.


Program Madani Afiat Peringkat Kebangsaan 2023
1 Oktober 2023

afiat madani 1

YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia telah menyempurnakan Program Madani Afiat Peringkat Kebangsaan 2023 di Bulatan Sultan Azlan Shah Ipoh, Perak. Program yang meriah ini turut dihadiri oleh YAB Dato Seri Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak, YB Dr Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan dan YB Tuan Sivakumar A/L Varatharaju Naidu, Menteri Sumber Manusia.

Program Madani Afiat dilaksanakan bertujuan untuk memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat mengenai pentingnya penjagaan kesihatan di samping menggalakkan penyertaan masyarakat di dalam program-program kesihatan. Pendekatan ini bersesuaian dengan hala tuju transformasi KKM untuk beralih dari penjagaan penyakit kepada penjagaan kesihataan (atau sick care to health care).

Sempena program ini juga, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia berkesempatan melawat Wellness on Wheels (WoW), mendapatkan penerangan berkenaan dengan fungsi WoW serta mencuba sendiri aktiviti Basikal Jus yang bertujuan membudayakan hidup sihat.

“Kesihatan adalah asas kesejahteraan dan produktiviti sesebuah negara. Madani Afiat pula merupakan salah satu agenda penting yang dijalankan oleh KKM bagi memastikan kesihatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia dan ianya jelas menyokong Tonggak Kedua Malaysia MADANI.” Petikan ucapan pelancaran majlis oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia.


SESI TOWNHALL BERKAITAN PENGUKUHAN FUNGSI PENDIDIKAN DAN PROMOSI KESIHATAN BERSAMA PEGAWAI PENDIDIKAN KESIHATAN BAGI ZON MALAYSIA TIMUR
& MAJLIS SANJUNGAN BUDI EN. AB. RAZAK BIN MD NOH
DAN EN. EN. KAMARULISMAIL BIN UDIN
14-15 SEPTEMBER 2023

Sesi Townhall berkaitan Pengukuhan Fungsi Pendidikan dan Promosi Kesihatan Bersama Pegawai Pendidikan Kesihatan Bagi Zon Malaysia Timur telah selesai dilaksanakan di Bangunan Wisma Wanita, Kota Kinabalu, Sabah mulai 14 hingga 15 September 2023. Sesi townhall ini turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Dr. Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) yang telah menyampaikan utusan beliau serta sebagai salah seorang panel dalam sesi dialog yang diadakan.

Antara objektif sesi townhall ini diadakan adalah untuk menjelaskan fungsi dan peranan pendidikan dan promosi kesihatan bersesuaian dalam menyokong Kertas Putih Kesihatan serta untuk memantapkan kompetensi Pegawai Pendidikan Kesihatan bagi memastikan fungsi dilaksanakan dengan lebih berkesan.  

Turut diadakan pada sesi townhall ini adalah Majlis Sanjungan Budi bagi dua orang Pegawai Pendidikan Kesihatan yang telah bersara iaitu En. KamarulIsmail bin Udin dan En. Ab Razak bin Md. Noh. Bahagian Pendidikan Kesihatan ingin mengucapkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih atas segala sumbangan dan bakti yang dicurahkan selama berkhidmat. Selamat Bersara dan Selamat Maju Jaya!


MAJLIS PELANCARAN BULAN MALAYSIA SIHAT SEJAHTERA DAN PELEPASAN KEMBARA SEKOLAH 2023
8 SEPTEMBER 2023

Majlis Pelancaran Bulan Malaysia Sihat Sejahtera Dan Pelepasan Kembara Sekolah 2023 telah dilaksanakan dengan jayanya bertempat di Bulatan Sihat, Kementerian Kesihatan Malaysia, Kompleks E, Putrajaya. Majlis ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan bersama Yang Berhormat Puan Lim Hui Ying, Timbalan Menteri Pendidikan.

Bulan Malaysia Sihat Sejahtera disambut di seluruh negara dengan membawa mesej pembudayaan hidup sihat dalam merealisasikan hasrat Kerajaan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang sihat sejahtera.

Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan antaranya Hip Hop Cardio, pengisian ilmu-ilmu kesihatan dan kesejahteraan semasa pocket talk serta pelbagai aktiviti interaktif yang disediakan di Zon Ceria, Zon Aktif, Zon Relaks, Zon Sihat dan Wellness on Wheels.

Sambutan majlis ini telah dihadiri oleh 1,500 pengunjung yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat.


WELLNESS INFLUENCER NETWORK MASTERCLASS
26 Ogos 2023

Wellness Influencer Network Masterclass telah dilaksanakan dengan jayanya bertempat di Simply Glam Hall, Third Avenue, Cyberjaya. Majlis telah diserikan dengan kehadiran YBhg. Dato' Sri Norazman Ayob, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan), Kementerian Kesihatan Malaysia. Acara dimeriahkan lagi dengan sesi perkongsian oleh pengacara TV, content creator dan Youtuber terkenal, Hazeman Huzir. Masterclass ini telah dihadiri oleh 49 orang pempengaruh dari pelbagai platform media sosial.


Mesyuarat Pemantapan Kualiti Isi Kandungan Portal MyHEALTH 2023

Mesyuarat Pemantapan Kualiti Isi Kandungan Portal MyHEALTH 2023 telah dilaksanakan di Hotel Lexis Port Dickson, Negeri Sembilan pada 26 - 28 Julai 2023. Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk menyemak dan mengemas kini semula artikel sedia ada di dalam Portal MyHEALTH. Ianya penting supaya maklumat yang disampaikan kepada masyarakat adalah tepat, sahih dan terkini. Mesyuarat telah dihadiri seramai 66 orang pegawai bertauliah yang merangkumi pelbagai kepakaran dan profesion dari Kementerian Kesihatan Malaysia.


 WELLNESS ON WHEEL @ SANTAI KOMUNITI MPPSZ3
16 JULAI 2023

Wellness on Wheel (WoW), Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia telah ke lapangan dengan menyertai program Santai Komuniti MPPSZ3 di Laman Ixora P8E, Presint 8, Putrajaya pada 16 Julai 2023. Program ini merupakan salah satu inisiatif di bawah Teras 4, Pelan Strategik Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) iaitu Kebersihan Persekitaran.

Pelbagai aktiviti menarik telah dilaksanakan antaranya gotong-royong, aktiviti interaktif WoW seperti Cari dan Musnah, saringan kesihatan, pertandingan mewarna kanak-kanak, jualan rahmah makanan dan sayuran dan bengkel pembuatan sabun basuh minyak masak terpakai.


MESYUARAT PERLUASAN SKOP AKTIVITI MyCHAMPION UNTUK PENYELARAS MyCHAMPION
PERINGKAT NEGERI DAN BAHAGIAN SARAWAK
11-13 JULAI 2023

Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia, telah melaksanakan mesyuarat ini selama tiga hari bagi membincangkan pelbagai isu termasuk tadbir urus program MyCHAMPION di Sarawak, peranan dan tanggungjawab sukarelawan MyCHAMPION, perbelanjaan dan peruntukan serta insentif sukarelawan MyCHAMPION.

Seramai 55 orang penyelaras negeri dan bahagian Sarawak telah hadir ke mesyuarat yang diadakan di Meritz Hotel, Miri, Sarawak.

Inisiatif MyCHAMPION merupakan salah satu inisiatif di bawah Teras 3, Pelan Strategik Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) iaitu Kawalan Kesihatan Kendiri.


MAJLIS PELANCARAN MADANI AFIAT GOTONG-ROYONG MEGA PERANGI AEDES 1.0 & ONE HOUR MALAYSIA CLEAN UP PERINGKAT KEBANGSAAN 2023
9 JULAI 2023

YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan bersama YAB Dato' Seri Amirudin Bin Shari, Menteri Besar Selangor telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Madani Afiat Gotong-Royong Mega Perangi Aedes 1.0 dan One Hour Malaysia Clean Up Peringkat Kebangsaan 2023 pada 9 Julai 2023 bertempat di Dewan Rakyat Batu Caves, Gombak, Selangor.

Program Madani Afiat merupakan antara usaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merakyatkan perkhidmatan KKM kepada rakyat. Objektif Madani Afiat antaranya mendekati dan menyantuni masyarakat secara langsung bersama pemimpin dengan mempromosikan budaya hidup sihat sebagai langkah pencegahan penyakit serta meningkatkan kesedaran penjagaan kesihatan masyarakat dalam mencegah peningkatan penyakit tidak berjangkit / Non-Communicable Diseases (NCD).

Program Gotong-Royong Mega Perangi Aedes 1.0 pula merupakan inisiatif KKM yang diadakan dua (2) kali setahun bersama pelbagai agensi dan komuniti dalam menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes. Program ini dilaksanakan di semua negeri dengan memberi tumpuan kepada lokaliti wabak denggi atau kawasan berisiko tinggi pembiakan nyamuk Aedes.

Sementara itu, Inisiatif One Hour Malaysia Clean Up merupakan tindakan bersepadu dalam menggerakkan masyarakat untuk mengadakan aktiviti kebersihan persekitaran secara berkala pada setiap HARI SABTU MINGGU KEEMPAT SETIAP BULAN. Inisiatif ini bertujuan mengurangkan beban penyakit yang berkaitan dengan kebersihan persekitaran dalam kalangan masyarakat melalui jalinan kerjasama antara sektor kerajaan, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dengan memfokuskan kepada aktiviti gotong-royong, kitar semula, pendidikan kesihatan berkaitan kebersihan persekitaran yang dilaksanakan di kawasan komuniti dengan penglibatan semua penduduk atau komuniti mengikut setting terutamanya di kawasan perumahan, tempat kerja dan institusi pendidikan. Aktiviti seumpama ini merupakan salah satu inisiatif di bawah Teras 4, Pelan Strategik Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) iaitu Memantapkan Kebersihan Persekitaran.



Teluk Panglima Garang, 27 Mei 2023 : Kursus Smart Organization Bahagian Pendidikan Kesihatan telah diadakan di ruang legar Rumah Tradisional Dila, Teluk Panglima Garang, Selangor. Program yang dianjurkan oleh Cawangan Dasar dan Perancangan Strategik ini bertujuan untuk meningkatkan hubungan komunikasi antara kakitangan dan kualiti penyampaian bahagian. Program ini telah disertai seramai 65 orang anggota Bahagian Pendidikan Kesihatan dan diketuai Pengarah iaitu Pn. Suraiya Syed Mohamed. Antara aktivitinya adalah sesi ice breaking dan latihan dalam kumpulan.


Tahniah diucapkan kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022 

Senarai Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022 adalah seperti berikut:-

  1. Dr. Vanitha a/p Subramaniam
  2. En. Razmin bin Ramli
  3. Pn. GUnasundari a/p Marimuthu
  4. En. Muhammad Muzammil bin Ishak
  5. Pn. Noreena Anak Kimi
  6. En. Ahmad Khairul Shaleh bin Mohd Diah
  7. En. Zikril Hakim bin Johari

 

 

Cetak Emel

Bahagian Pendidikan Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia, Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62590 Putrajaya, Malaysia.


Tel : +603 88834500 Faks : +603-88886262 Emel : infosihat@moh.gov.my

media facebook media instagram media twitter rss media youtube rss