Kit X-Break

X-Break adalah aktiviti regangan ringkas di ruang kerja dan dilakukan semasa waktu bekerja.

KAEDAH PELAKSANAAN

Waktu dan tempoh

Sektor awam dan swasta diberi fleksibiliti melaksanakan senaman ringan atau X-Break selama 15 minit semasa waktu bekerja mengikut kesesuaian dan masa operasi organisasi masing-masing mengikut contoh pilihan berikut:

  • 15 minit sebelah pagi atau petang;

Contoh:

  • Melaksanakan senaman ringan seperti berjalan pantas di pejabat/ naik turun tangga/ lari setempat/ lompat bintang (star jump), senaman menggunakan muzik iringan dan lain-lain.
  • 5 minit setiap sesi bagi selang masa 2 jam;

Contoh: 

  • Sesi mesyuarat/ kursus/ bengkel pada 9 pagi,  senaman ringan  atau X-Break pada jam 11 pagi.
  • Sesi mesyuarat/ kursus/ bengkel pada 2 petang, senaman ringan atau X-Break pada jam 4 petang.

Sesi X-Break ini diadakan ketika penjawat awam dan pekerja swasta sedang bekerja tidak kira sama ada sedang berbincang, bermesyuarat, menghadiri seminar, bengkel mahupun kursus di dalam atau di luar pejabat mengikut budi bicara Pegawai/ pengurusan atasan.

Penglibatan penjawat awam dan pekerja swasta

Sesi ini boleh dilakukan secara berkumpulan atau berseorangan dan sesuai pada semua peringkat umur termasuk ibu mengandung atau individu kelainan upaya.

Setiap sesi senaman ringan atau X-Break secara berkumpulan boleh diketuai oleh seorang instruktur/ penjawat awam/ ketua di pejabat semasa waktu bekerja, mesyuarat, seminar, kursus, bengkel bagi memastikan sesi tersebut dijalankan di tempat kerja masing-masing.

 Senaman ringan atau X-Break boleh dilaksanakan menggunakan bebanan badan individu (body weight) atau menggunakan peralatan seperti loop band/resistant band dan lain-lain.

Cetak Emel

Bahagian Pendidikan Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia, Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62590 Putrajaya, Malaysia.


Tel : +603 88834500 Faks : +603-88886262 Emel : infosihat@moh.gov.my

media facebook media instagram media twitter rss media youtube rss