Wolbachia
Wolbachia adalah bakteria hidup dalam sel serangga sejak berkurun tahun dahulu dan diwarisi kepada generasi seterusnya melalui telur. Secara semulajadi, Wolbachia terdapat dalam lebih 60% jenis serangga. Wolbachia ini tidak berbahaya kepada manusia, haiwan dan alam sekitar.
Nyamuk Aedes ber Wolbachia disuntik dengan bakteria Wolbachia adalah satu kaedah pencegahan Denggi, Zika dan Chikungunya. Strategi Wolbachia ini bertujuan menggantikan populasi nyamuk Aedes sedia ada kepada nyamuk Aedes yang ber Wolbachia untuk menjadikan nyamuk tersebut tidak dapat memindahkan virus denggi kepada manusia.
Sila layari Maklumbalas Wolbachia untuk sebarang maklumbalas berkaitan Wolbachia
Dikemaskini pada 27 November 2023