Vaksin COVID-19
Pengenalan Vaksin COVID-19
Vaksin adalah satu produk yang dihasilkan dari sebahagian atau keseluruhan struktur virus atau bakteria yang telah dimatikan atau dilemahkan, atau dari protein subunit pada virus. Antigen dalam vaksin berfungsi untuk merangsang sistem daya lawan jangkitan (sistem imuniti) tubuh membentuk imuniti terhadap jangkitan penyakit khusus. Vaksin membantu sistem imun dengan melatih antibodi ini untuk mengenalpasti kuman-kuman tertentu supaya sistem imun cukup bersedia apabila tiba masa kuman sebenar menyerang badan anda.
Vaksin diberikan untuk membantu merangsang sistem ketahanan semulajadi badan bagi mengurangkan risiko mendapat jangkitan kuman/ virus. Jenis-jenis vaksin secara amnya dikategorikan seperti berikut:
- Viral Vector Vaccine: mengandungi ubah suai virus (vector) untuk menyampaikan kod genetik antigen, seperti vaksin Ebola.
- Inactivated Virus Vaccine: mengandungi virus atau bakteria yang telah dimatikan seperti inactivated polio vaccine, influenza, rabies.
- Nucleic Acid: mengandungi DNA atau RNA coding daripada protein virus seperti vaksin COVID-19.
- Live-Attenuated Virus Vaccine: mengandungi virus atau bakteria yang telah dilemahkan seperti vaksin MMR, yellow fever vaccine.
- Protein Subunit Vaccine: mengandungi protein subunit virus atau bakteria seperti vaksin untuk pertussis dalam vaksin DTaP.
- Toxoid Vaccine: mengandungi toxoid yang telah dilemahkan seperti vaksin DtaP yang mengandungi diptheria dan tetanus toxoid.
Vaksinasi adalah cara mudah, selamat dan berkesan untuk melindungi individu daripada penyakit berjangkit. Vaksinasi menjadikan sistem ketahanan badan lebih kuat. Vaksin tidak menyebabkan jangkitan kerana ia mengandungi kuman/ virus yang dimatikan atau lemah.
Info lanjut berkaitan COVID-19 juga boleh didapati di pautan INI
/
- JOHOR
Senarai Klinik Kesihatan yang menawarkan Vaksin SINOVAC di Negeri Johor .Ai
|
Senarai Klinik Kesihatan yang menawarkan Vaksin SINOVAC di Negeri Johor .Ai |
- MELAKA
- NEGERI SEMBILAN
- SELANGOR
- KUALA LUMPUR
Senarai Klinik Kesihatan yang menawarkan Vaksin SINOVAC di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Dan Putrajaya .Ai
|
- PERAK
Senarai Klinik Kesihatan yang menawarkan Vaksin SINOVAC di Negeri Perak .Ai
|
Senarai Klinik Kesihatan yang menawarkan Vaksin SINOVAC di Negeri Perak .Ai
|
- PULAU PINANG
Senarai Klinik Kesihatan yang menawarkan Vaksin SINOVAC di Negeri Pulau Pinang .Ai
|
Senarai Klinik Kesihatan yang menawarkan Vaksin SINOVAC di Negeri Pulau Pinang .Ai
|
- KEDAH
Senarai Klinik Kesihatan yang menawarkan Vaksin SINOVAC di Negeri Kedah .Ai
|
Senarai Klinik Kesihatan yang menawarkan Vaksin SINOVAC di Kedah .Ai
|
- PERLIS
Senarai Klinik Kesihatan yang menawarkan Vaksin SINOVAC di Negeri Perlis .Ai
|
- PAHANG
- TERENGGANU
- KELANTAN
- SARAWAK
- WP LABUAN
Senarai Klinik Kesihatan yang menawarkan Vaksin SINOVAC di Negeri Wilayah Persekutuan Labuan .Ai
|
- SABAH
Kemaskini pada 17 November 2022