Dasar Literasi Kesihatan Kebangsaan
• Ia merupakan dokumen polisi yang menggariskan teras dasar, strategi dan inisiatif sebagai panduan untuk menangani pelbagai dimensi literasi kesihatan dalam masyarakat kita secara sistematik dalam jangka masa panjang bermula 2025 hingga 2040. Inisiatif DLKK akan dilaksanakan oleh pelbagai agensi dan sektor menerusi pendekatan Whole of Government and Whole of Society.
• Untuk meningkatkan tahap literasi kesihatan rakyat Malaysia secara inklusif dengan memantapkan kompetensi mengakses maklumat kesihatan, memahami, membuat penilaian dan mengambil tindakan untuk kesejahteraan. Dasar ini bertekad memperkukuh tadbir urus ekosistem literasi kesihatan Malaysia merentasi agensi menerusi pendekatan Whole of Nation. Ianya bagi memastikan semua rakyat Malaysia, tanpa mengira latar belakang, mempunyai akses kepada maklumat kesihatan yang tepat dan boleh difahami.
• Dasar ini mempunyai tiga teras dasar, iaitu:
Teras Dasar 1: Pembangunan kompetensi literasi kesihatan rakyat.
Teras Dasar 2: Pengukuhan ekosistem literasi kesihatan.
Teras Dasar 3: Pemantapan tadbir urus literasi kesihatan.
• Ketiga-tiga teras ini merangkumi 6 strategi dan 16 inisiatif yang akan dilaksanakan untuk mencapai matlamat dasar. Strategi-strategi berkenaan di bangunkan bagi memperkukuh literasi kesihatan rakyat Malaysia meliputi aspek penerapan literasi kesihatan dalam sistem pendidikan, pemantapan kemahiran literasi kesihatan dalam kumpulan sasar seperi warga emas dan pengukuhan tatakelola literasi kesihahan kebangsaan yang lebih baik.
Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi Cawangan Dasar & Perancangan Strategik, Bahagian Pendidikan Kesihatan KKM di talian: 03-8883 3888