WELLNESS HUB
Wellness Hub merupakan pusat sehenti (one stop centre) yang menawarkan perkhidmatan kesejahteraan dan kesihatan yang komprehensif dan bersepadu kepada komuniti setempat. Ia selari dengan halatuju Kementerian Kesihatan Malaysia untuk beralih daripada “Sick Care” kepada “Health Care” agar individu berkemahiran dalam penjagaan kesejahteraan kesihatan diri, keluarga dan komuniti.
Pelaksanaan aktiviti di Wellness Hub menyokong Teras 2 di bawah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) bagi memperluaskan perkhidmatan kesejahteraan dan kesihatan kepada komuniti. Penstrukturan ini turut menyokong kepada Kertas Putih Kesihatan (Health White Paper – HWP) yang memerlukan perubahan sistem kesihatan negara ke arah pencegahan faktor risiko penyakit akibat peningkatan beban penyakit tidak berjangkit dan kos penjagaan kesihatan kepada kerajaan.
Wellness Hub telah didaftarkan dalam Pusat Informatik Kesihatan dengan menggunakan kod nama Pusat Perkhidmatan Kesejahteraan Kesihatan (Wellness Hub). Pembangunan dan pengoperasian Wellness Hub di seluruh negara dikawal selia oleh Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM. Cawangan/ Unit Promosi Kesihatan Negeri dan daerah merancang, melaksana dan memantau pakej aktiviti/ intervensi modifikasi tingkah laku kesihatan serta memperkasa komuniti setempat agar mencapai Key Performance Indicators (KPI) yang ditetapkan.
KUMPULAN SASAR
Komuniti setempat seperti golongan remaja, suri rumahtangga, warga emas termasuk golongan pekerja.
PAKEJ WELLNESS HUB 2026
SENARAI WELLNESS HUB
Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia akan sentiasa meningkatkan pelbagai aktiviti di Wellness Hub di seluruh negara dalam usaha meningkatkan tahap kesedaran di dalam kalangan komuniti tentang penjagaan kesihatan yang berterusan dan mengalakkan komuniti menjalankan aktiviti fizikal serta melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Wellness Hub di komuniti masing-masing.
PROMOSI
Promosi kesedaran dan galakan tentang pusat dan aktiviti akan dibuat menggunakan kemudahan kesihatan, pejabat/tempat kerja, sekolah/pusat pengajian, radio dan tempat awam melalui risalah, poster dan sesi penerangan.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|


















