Kem Nak Sihat

Kem Nak Sihat merupakan satu program outreach yang dirangka khas untuk komuniti dengan matlamat menyampaikan mesej-mesej dan kemahiran berkaitan cara hidup sihat terus kepada kumpulan sasar. Kesan jangka panjang kem ini akan dapat membantu menurunkan prevelan penyakit-penyakit tidak berjangkit seperti hipertensi, diabetes, strok dan lain-lain.

Rakyat perlu diperkasakan supaya dapat mengambil tindakan yang positif dalam mengurangkan faktor risiko penyakit-penyakit Tidak Berjangkit (NCD). Pelbagai program dan aktiviti telah dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia di dalam memastikan rakyat mendapat pengetahuan berkaitan kesihatan dan memperolehi kemahiran untuk mengamalkan amalan cara hidup sihat.

PENJENAMAAN KEM NAK SIHAT
Kem Nak Sihat adalah program yang dijenama semula daripada Kem iWant. Program ini adalah aspirasi rakyat untuk menjadi sihat yang disuarakan sendiri oleh rakyat.

Logo ini boleh dimuat turun menerusi pautan berikut:

http://www.infosihat.gov.my/infosihat/media/lain_lain/index.php

Idea di sebalik Kem Nak Sihat adalah:

  • Mentransformasi pemikiran rakyat tentang perlunya tahap kesihatan yang lebih baik
  • Melahirkan rakyat yang positif terhadap gaya hidup yang aktif dan berhasrat untuk mencapai kesejahteraan hidup
  • Memberi kemahiran berkaitan cara hidup sihat supaya dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian

STRATEGI
Kem Nak Sihat ini merupakan salah satu strategi promosi kesihatan yang akan melibatkan:

  • Outreach di mana anggota kesihatan akan pergi terus kepada kumpulan sasar dan mengadakan aktiviti.
  • Engagement – Komuniti akan dilibatkan secara langsung dengan pelbagai aktiviti bukan sahaja pemeriksaan kesihatan namun juga aktiviti-aktiviti berbentuk kecergasan, infotainment dan pertandingan.
  • Empowerment – Komuniti akan diberi kemahiran-kemahiran tertentu dalam aspek kesihatan supaya mereka dapat memperkasakan diri untuk membuat perubahan tingkahlaku.

Idea di sebalik Kem Nak Sihat adalah:

  • Mentransformasi pemikiran rakyat tentang perlunya tahap kesihatan yang baik.
  • Melahirkan rakyat yang positif terhadap gaya hidup yang aktif dan bertenaga untuk mencapai kesejahteraan hidup.
  • Memberi kemahiran berkaitan cara hidup sihat agar dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian.

MODUS OPERANDI KEM NAK SIHAT

Kem Nak Sihat akan menjadi platform kepada masyarakat setempat untuk mengamalkan cara hidup sihat dan aktif. Modus operandi Kem Nak Sihat perlu merangkumi elemen-elemen berikut:

  • Mengumpulkan komuniti di lokaliti KOSPEN yang telah dipilih dan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang sesuai berkaitan cara hidup sihat
  • Melibatkan komuniti secara langsung di dalam aktiviti-aktiviti kesihatan yang dilaksana
  • Pemeriksaan tahap kesihatan komuniti dan memberikan kemahiran berkaitan amalan cara hidup sihat yang relevan
  • Membina upaya komuniti ke arah kehidupan yang sihat dan sejahtera

OBJEKTIF

Objektif umum
Mendekati masyarakat untuk advokasi, pendidikan dan memperkasa mereka ke arah menjadikan hidup sihat sebagai satu cara hidup mereka.

Objektif khusus

  • Mendidik kumpulan sasar tentang aspek-aspek cara hidup sihat yang relevan secara langsung, interaktif dan menarik.
  • Meningkatkan kefahaman kumpulan sasar tentang kepentingan amalan cara hidup sihat.
  • Membina kemahiran komuniti untuk mengamalkan cara hidup sihat.
  • Membantu kumpulan sasar menterjemah pengetahuan tentang cara hidup sihat kepada amalan seharian.

KUMPULAN SASAR
Semua anggota masyarakat setempat termasuk:

  • Orang dewasa
  • Ketua keluarga
  • Kaum ibu/suri rumah
  • Belia
  • Remaja
  • Pemimpin komuniti
  • Warga emas

AKTIVITI KEM NAK SIHAT

BIL

KOMPONEN

AKTIVITI

1

SEGMEN UTAMA

1.1

Regangan (aktiviti wajib)

  i.    Demonstrasi kaedah regangan yang sesuai sebelum memulakan sesuatu aktiviti senaman.

 ii.    Regangan ini perlulah menyeluruh dan mesti dijadikan satu model standard yang boleh diingati dan diamalkan di mana-mana (rujuk KKM)

1.2

Aktiviti fizikal yang melibatkan penglibatan ramai peserta

i.     Berikut adalah aktiviti wajib:

  • Berjalan 10,000 langkah

ii.   Aktiviti pilihan:

  • Lompat tali
  • Berbasikal
  • Senamtari
  • Fitball
  • Dan lain-lain aktiviti fizikal secara beramai-ramai dijalankan sekurang-kurangnya selama 30 minit.

iii.  Penglibatan tetamu kehormat/pemimpin setempat diwajibkan

1.3

Aktiviti Perhubungan awam

i.      Perasmian oleh tetamu kehormat untuk menerangkan objektif Kem Nak Sihat dengan jelas dan apakah harapan Kementerian Kesihatan Malaysia dan apakah manfaat aktiviti ini bagi mereka

2

SEGMEN KE DUA: SARINGAN KESIHATAN

2.1

 

i.      Aktiviti wajib:

  • BMI
  • Glukos dalam darah
  • Tekanan darah
  • Pemeriksaan mata
  • Pemeriksaan gigi
  • Pemeriksaan oleh pegawai perubatan

ii.      Aktiviti pilihan

  • Saringan kanser. Cth:Pap smear dan payudara
  • Kaunseling kesihatan
  • Nasihat pemakanan
  • Sesi kaunseling lain yang sesuai dengan masyarakat setempat seperti masalah kutu kepala, deworming dan masalah kulit.
  • Promosi klinik Berhenti Merokok
  • Promosi Klinik masalah berat badan
  • Ujian tahap kecergasan

3.

SEGMEN KE TIGA: PROMOSI CARA HIDUP SIHAT

3.1

Pameran interaktif Cara Hidup Sihat dan lain-lain isu semasa setempat, seperti Denggi, HFMD, Malaria, Tibi.

  i.    Aktiviti wajib:

5 komponen utama cara hidup sihat iaitu:

  • Aktiviti fizikal dan senaman
  • Makan ikut keperluan berdasarkan Garis Panduan Pemakanan Malaysia
  • Tak Nak merokok
  • Tangani stres dengan berkesan
  • Sihat tanpa alcohol
    • Dan lain-lain:
  • Promosi portal Myhealth
  • Penyakit-penyakit NCD seperti diabetes, hipertensi, kanser dan sakit jantung
  • Komponen lain mengikut keperluan setempat seperti HFMD, denggi, imunisasi dll
  • Tayangan video kesihatan
    • Iklan-iklan dan dokumentari cara hidup sihat yang telah dihasilkan oleh KKM
    • Bahan-bahan daripada sumber yang diiktiraf oleh KKM

      Demonstrasi kesihatan:

  • Teknik regangan dan cooling down
  • Teknik berjalan dengan betul
  • Penggunaan peralatan kecergasan (seperti tali skipping, fitball, pedometer)

 ii.    Aktiviti pilihan:

  • Teknik tarian-tarian tertentu mengikut budaya masyarakat setempat
  • Panduan dan tip memasak secara sihat
  • Panduan membeli-belah secara sihat
  • Seni mempertahankan diri
  • Ujian kecergasan fizikal

iii.    Pameran model/spesimen yang berkaitan kesihatan cth:

  • Paru-paru seorang perokok
  • Pinggan sihat
  • Peralatan senaman dan sukan
  • Model makanan sihat

iv.    Permainan interaktif.

Cth: x-box kinect

 v.    Kuiz kesihatan

vi.    Pengedaran bahan pendidikan kesihatan

3.2

Tinjauan Kepuasan Pelanggan

  • Tinjauan ini perlu dilaksanakan dengan menggunakan borang seperti disediakan. Tinjauan ini penting untuk menilai maklumbalas pihak klien dengan perkhidmatan yang disediakan sepanjang kem ini berlangsung. Ia juga dapat menambahbaik perkhidmatan di masa akan datang.

Rujuk Lampiran 2

3.3

Lain-lain

  i.    Forum

 ii.    Pidato

iii.    Pertandingan mewarna

iv.    Pengucapan awam

 v.    Pertandingan menulis esei

vi.    Sukaneka

vii.    Explorace

Cetak Emel

Bahagian Pendidikan Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia, Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62590 Putrajaya, Malaysia.


Tel : +603 88834500 Faks : +603-88886262 Emel : infosihat@moh.gov.my

media facebook media instagram media twitter rss media youtube rss