Page 58 - Garis Panduan Perkhidmatan Klinik Berhenti Merokok_2022
P. 58

GARIS PANDUAN PERKHIDMATAN KLINIK BERHENTI MEROKOK DI UNIT PENDIDIKAN KESIHATAN






                              o  (A) Affirm (Memastikan terlebih dahulu)
                                 ▪  Mendengar dengan  teliti nilai-nilai  positif, kesungguhan  klien
                                     untuk berubah, percubaan klien untuk berubah.
                                 ▪  Reframes; tukar penyataan negative menjadi positif
                                 ▪  Contoh:
                                     •  Klien: saya rasa saya ni tak guna, buat apa pun tak jadi..tetap
                                         merokok
                                     •  Anggota Kesihatan:  Anda bagus  sebab tetap  berusaha
                                         mencuba walaupun pernah gagal

                              o  (R) Reflective listening (Refleksi melalui pendengaran reflektif)
                                 ▪  Ulang semula apa yang diberitahu klien.
                                 ▪  Menyatakan pemahaman kita terhadap penyataan klien.
                                 ▪  Elakkan daripada menilai klien.
                                 ▪  Tujuan:
                                     •  Memahami persepsi klien idea, perasaan
                                     •  Perbincangan lebih mendalam
                                     •  Elak penilaian
                                     •  Bersifat kolaboratif


                              o  (S) Summary (Merumus)
                                 ▪  Satu proses untuk  merangkum  beberapa idea yang telah
                                     dibincang dan perasaan-perasaan yang diluahkan oleh klien.
                                 ▪  Kaunselor memberi tumpuan kepada perkara-perkara seperti;
                                     •  Apa yang telah klien ucapkan (isi)
                                     •  Bagaimana ia  menyatakan  perasaannya (emosi  ketika itu)
                                         maksud, masa dan kesan kenyataannya (proses).
                                 ▪  Tujuan
                                     •  Untuk menimbulkan  kefahaman  yang mendalam dan
                                         kesedaran diri  klien  dalam  proses tolong bantu,  bimbingan
                                         dan penyelesaian kepada sesuatu masalah.


                       d.  Kemahiran Pembujukan (persuasive technic)

                          •  Definisi
                              o  Perkataan membujuk lebih difahami sebagai kerja untuk membujuk
                                 seseorang dari duka lara dan seumpama dengannya.
                              o  Perkataan  pembujukan semakin mengalami  perubahan  dan lebih
                                 dikenali sebagai  salah satu cara untuk  mempengaruhi  orang lain
                                 untuk mengikuti kehendak kita.
                              o  Menurut Kamus Dewan  edisi ke-3, pembujukan berasal  daripada
                                 perkataan  bujuk yang bermaksud pujuk. Pembujukan  merupakan

                                                                                                       48




        54
   53   54   55   56   57   58   59   60   61   62   63