Page 62 - Garis Panduan Perkhidmatan Klinik Berhenti Merokok_2022
P. 62
GARIS PANDUAN PERKHIDMATAN KLINIK BERHENTI MEROKOK DI UNIT PENDIDIKAN KESIHATAN
Compliance (Warrior) Steadiness (Lover)
➢ Tenang dan mudah menyesuaikan ➢ Mempunyai tahap kesabaran yang
diri. tinggi, tenang dan terkawal
➢ Tdak agresif ➢ Sanggup menolong orang lain
➢ Lebih berhati-hati. yang dianggap sebagai rakan.
➢ Elak ambil risiko.
➢ Selesa mengikut prosedur yang
ditetapkan
➢ Mudah menerima arahan.
➢ Mengikut peraturan
• Dalam teknik pembujukan terdapat Model gaya pembelajaran
individu V.A.K (Visual, Auditori, Kinestetik)
o Gaya Pembelajaran Visual
1. Klien belajar lebih baik dengan melihat sesuatu teks berbentuk
perkataan / ayat dalam carta selak atau paparan komputer.
2. Mereka lebih mengingati dan memahami arahan dan
penerangan menerusi pembacaan ayat atau teks berkenaan.
3. Klien “Visual“ tidak memerlukan penerangan lisan seperti murid
4. “auditori” tetapi mereka selalunya dapat belajar melalui
pembacaan.
5. Mereka selalunya menulis nota syarahan / arahan lisan jika
mereka hendak mengingati sesuatu.
o Gaya Pembelajaran Auditori
1. Klien “Auditori” belajar dengan mendengar perkataan / ayat
yang disebut dan juga arahan lisan.
2. Mereka boleh mengingati penerangan melalui bacaan
kuat atau menggerakkan bibir ketika membaca
terutama apabila mempelajari sesuatu yang baru.
3. Mereka dapat mengukuhkan ingatan dengan mendengar
semula rakaman pita audio, mengajar orang lain dan
berbincang dengan pembimbing.
o Gaya Pembelajaran Kinestetik
1. Klien “Kinestetik” belajar dengan baik dan berkesan melalui
pengalaman dan akan melibatkan diri secara fizikal dalam
aktiviti di sesi.
2. Mereka biasanya dapat mengingati sesuatu dengan baik
dan berkesan apabila melakukan aktiviti secara “hands-on”.
52
58