Page 53 - Garis Panduan Perkhidmatan Klinik Berhenti Merokok_2022
P. 53

GARIS PANDUAN PERKHIDMATAN KLINIK BERHENTI MEROKOK DI UNIT PENDIDIKAN KESIHATAN





                       Pengekalan (Klien telah berhenti merokok tetapi belum melebihi tempoh
                       6 bulan)
                       •  Jika klien baru berhenti merokok, ucapkan tahniah dan tegaskan mengenai
                          faedah menjadi bukan perokok.
                       •  Bantu untuk mencegah ketagihan semula dengan memberi sokongan dan
                          membantu klien  mengenalpasti situasi yang berisiko  seperti stress dan
                          persekitaran sosial yang boleh membantutkan usaha.
                       •  Bantu untuk merancang strategi yang sesuai dengan keadaan klien.


                       Pencegahan Ketagihan semula (membantu klien untuk mengelakkan
                       situasi berisiko merokok semula)
                       •  Ketagihan semula  jika klien tiada rancangan untuk  menangani masalah
                          gian, tidak mengenal pasti faktor penyebab merokok atau sekadar untuk
                          “hanya sebatang rokok”.
                       •  Faktor penyebab ketagihan semula antaranya ialah  konflik interpersonal,
                          marah, kecewa dan anzieti.

                       Cadangan strategi:
                       •  Kenal pasti situasi yang berisiko dan penyebab utama merokok.
                       •  Rancang strategi lebih awal.
                       •  Beri pertimbangan perubahan cara hidup yang mungkin dapat membantu
                          klien keluar daripada situasi yang berisiko.
                       •  Galakkan klien untuk membuat  perancangan alternatif jika tergelincir
                          daripada pelan awal agar tidak kembali merokok semula.


                   5.  ARRANGE FOLLOW-UP / ATUR TEMUJANJI SUSULAN




























                                                                                                       43




                                                                                                                49
   48   49   50   51   52   53   54   55   56   57   58