Page 56 - Garis Panduan Perkhidmatan Klinik Berhenti Merokok_2022
P. 56
GARIS PANDUAN PERKHIDMATAN KLINIK BERHENTI MEROKOK DI UNIT PENDIDIKAN KESIHATAN
4. Roadblock
Bertanya kepada klien mengenai kemungkinan halangan yang dapat
muncul sekiranya berhenti merokok, contohnya rakan-rakan yang masih
merokok atau keinginan yang kuat untuk merokok kembali. Halangan
yang biasa muncul adalah withdrawal effect, ketakutan akan gagal,
berat badan meningkat, kurang sokongan, depresi, berada berdekatan
perokok, ketagihan menikmati rokok serta pengetahuan yang kurang
berkaitan dengan pilihan program.
5. Repetition
Sokongan motivasi dilakukan secara terus menerus semasa klien
sedang berusaha berhenti merokok. Strategi menghadapi klien yang
pernah gagal berhenti merokok adalah dengan mendapatkan galakan
serta motivasi daripada bekas perokok yang telah berjaya berhenti
merokok setelah berulang-ulang kali gagal berhenti.
c. Teknik Motivational interviewing
• Merupakan salah teknik dalam modifikasi tingkah laku dan merupakan
intervensi berdasarkan cara kaunseling yang memfokuskan
penggalakan perubahan tingkah laku seseorang dengan membantu
meneroka dan menyelesaikan perasaan ragu-ragu seseorang itu untuk
mengubah tingkah laku.
• Merupakan kerjasama 2 hala antara pembimbing dengan klien.
• Selain itu, M.I juga membantu untuk memberi persepsi individu pada diri
sendiri
• Membantu dan memberi panduan
• Untuk mencungkil dan memperkukuhkan motivasi yang ada dalam diri
klien.
• Antara elemen Motivational interviewing ialah:
o Spirit (Semangat)
▪ Kolaborasi
• Meneroka menghormati pandangan,idea dan autonomi klien.
• Bukan autoritarian: tidak memaksa seseorang untuk patuh
atau mendengar arahan
• Supportive-bersikap mendorong dan menyokong
▪ Evokasi
• Meneroka dan mencungkil idea, pendapat, sebab untuk
berubah,keyakinan untuk berubah.
• Cuba untuk membantu klien mengubah motivasi luaran
kepada motivasi dalaman.
▪ Hormat autonomi klien
• Memahami bahawa klien yang membuat pilihan, mempunyai
kuasa ke atas pilihan yang dibuat.
• Menghormati keputusan klien
46
52