Page 60 - Garis Panduan Perkhidmatan Klinik Berhenti Merokok_2022
P. 60

GARIS PANDUAN PERKHIDMATAN KLINIK BERHENTI MEROKOK DI UNIT PENDIDIKAN KESIHATAN





                                 ▪  Mainan Emosi
                                     •  Rahsia asas dalam teknik membujuk ialah melibatkan emosi
                                         seseorang.
                                     •  Emosi jika diurus dengan baik dapat memberikan kesan yang
                                         amat hebat terhadap klien.
                                     •  Manusia mudah terpengaruh oleh ajakan yang beremosi.
                                     •  Penggunaan teknik membujuk dengan memainkan peranan
                                         adalah dua kali ganda lebih  berkesan berbanding kaedah
                                         membujuk secara terus.

                              o  Bertanya Sebagai kaedah Memujuk
                                 ▪  Malu Bertanya Sesat Jalan
                                     •  Gunakan strategi bertanya untuk mempengaruhi seseorang
                                         klien.
                                     •  Harus diketahui  bila  dan bagaimana teknik  bertanya yang
                                         betul.
                                     •  Menurut Neil Rackham dan John Carlisle pembimbing yang
                                         berkesan bertanyakan soalan dua kali lebih kerap berbanding
                                         yang sebaliknya.
                                     •  Justeru, sebelum memulakan soalan bina keyakinan kepada
                                         seseorang tentang  pentingnya dia  mendengar  soalan.
                                         Wujudkan rasional mengapa soalan sedemikian diajukan.

                                 ▪  Jenis-jenis Soalan
                                     •  Soalan terbuka: Memerlukan klien berfikir  sebelum
                                         menjawabnya.
                                     •  Soalan tertutup:  Memerlukan jawapan yang terhad dan
                                         spesifik seperti ya atau tidak.

                                 ▪  Cara Memberikan Maklum Balas
                                     •  Jadilah pendengar yang aktif.
                                     •  Kaji nada suara dan bahasa badan orang yang bercakap.

                              o  Memujuk bagi Menawan Hati
                                 ▪  Memujuk Secara Logik
                                     •  Memerlukan pembimbing menjelaskan kepada klien tentang
                                         logik di sebalik permintaannya.

                                 ▪  Memujuk Secara Emosional
                                     •  Kaitkan mesej yang dibawa dengan kesan emosi.
                                     •  Aspek  emosi manusia  kadang-kadang  sangat  rapuh dan
                                         menjadi titik lemah baginya.
                                     •  Fahami idea atau mesej yang ingin disampaikan.






                                                                                                       50




        56
   55   56   57   58   59   60   61   62   63   64   65