Page 54 - Garis Panduan Perkhidmatan Klinik Berhenti Merokok_2022
P. 54

GARIS PANDUAN PERKHIDMATAN KLINIK BERHENTI MEROKOK DI UNIT PENDIDIKAN KESIHATAN





                   Kepentingan temujanji susulan

                   •  Temujanji susulan selepas klien diberi bantuan untuk berhenti merokok akan
                       meningkatkan kebarangkalian untuk terus berhenti merokok.
                   •  Jika klien dirujuk untuk khidmat nasihat bagi membantu usaha berhenti
                       merokok, catatan perlu dibuat untuk melihat kemajuan klien pada setiap sesi.

                   Tindakan semasa temujanji adalah seperti berikut:
                       •  Jika ketagih semula
                              o  Tunjukkan empati dan cuba ubah sudut pandangan klien.
                              o  Selidik penyebab ketagihan semula
                              o  Beri motivasi untuk capai peringkat kesediaan dan cuba lagi.
                              o  Bincangkan mengenai pencegahan ketagihan semula.

                       •  Jika masih tiada rancangan untuk cuba berhenti merokok
                              o  Selidik sebab bertangguh
                              o  Selidik rasa berbelah bahagi dan beri motivasi untuk ke peringkat
                                 bersedia untuk cuba berhenti merokok
                              o  Beri galakkan untuk menetapkan tarikh berhenti merokok.

                       •  Jika sudah tidak merokok
                              o  Ucapkan tahniah, puji, dan teguhkan keputusan klien
                              o  Semak perkembangan dan masalah yang mungkin ada
                              o  Semak jika ada “withdrawal syndrome” dan cuba atasi isu yang ada
                              o  Bincang strategi gaya tindak (coping) dan pencegahan ketagihan
                                 semula.

               KETAGIH SEMULA
                   •  Berhenti merokok  merupakan satu  proses yang dinamik, berterusan dan
                       selalunya perlu dilakukan berulang kali.
                   •  Menjadi  kebiasaan untuk tercicir atau ketagih  semula  dalam usaha untuk
                       berhenti merokok.
                   •  Ketagihan semula selalunya adalah merokok semula.
                   •  Ketagihan semula berulang adalah normal dan selalunya klien yang berjaya
                       pun telah melakukannyan sekurang-kurangnya 4 hingga 5 kali sebelum benar-
                       benar berhenti merokok.
                   •  Jika klien ketagih semula, bantu mereka untuk fokus semula kepada matlamat
                       untuk berhenti merokok,  jauhi  rokok dan  rancang strategi  untuk elakkan
                       kegagalan.
                   •  Gunakan soalan-soalan yang terbuka  untuk kenalpasti  faktor  yang
                       menyebabkan kegagalan.
                   •  Masalah selalunya adalah:
                          •  Kurang sokongan untuk berhenti merokok
                          •  Tiada pelan berhenti merokok
                          •  Mood yang negatif dan kemurungan
                                                                                                       44




        50
   49   50   51   52   53   54   55   56   57   58   59