Let's TALK Minda Sihat

           Let’s TALK Minda Sihat

Pandemik COVID-19 telah menyebabkan ancaman kesihatan, kehilangan orang tersayang, kehilangan punca pendapatan dan kawalan pergerakkan. Di samping itu, pandemik ini juga telah meningkatkan tekanan emosi, kebimbangan dan kemurungan dalam kalangan masyarakat dan memberi kesan kepada kesejahteraan mental setiap lapisan masyarakat di dunia, termasuk Malaysia.

Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia telah melancarkan Kempen Media Let’s TALK Minda Sihat yang dilaksanakan selaras dengan Pelan Publisiti Kesihatan Mental di bawah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS). Fasa pertama kempen ini menumpukan kepada golongan remaja dan dewasa bekerja.

Tujuan Kempen Media Let’s Talk Minda Sihat :

  • Menggalakkan rakyat mendapatkan sokongan dan bantuan bagi mencapai kesejahteraan mental
  • Menggalakkan ahli keluarga dan rakan-rakan memberikan sokongan dan bantuan kepada golongan yang memerlukan untuk mencapai kesejahteraan mental.

Perkataan TALK merujuk kepada:

Selari dengan motif kempen, Kementerian Kesihatan Malaysia juga telah mempergiatkan promosi berkaitan kesejahteraan mental dan fizikal melalui mesej TAKE 5.

 

           MESEJ TAKE 5

TAKE 5 yang menumpukan kepada lima mesej penting iaitu :

1) Kekal Berhubung : Eratkan rangkaian sosial yang sihat
Luangkan masa untuk kekal berhubung dengan keluarga, sahabat, rakan kerja, jiran dan kenalan

2) Aktifkan Diri : Tingkatkan kecergasan diri
Sentiasa aktif melakukan aktiviti fizikal yang digemari mengikut kemampuan

3) Syukur : Hargai nikmat kehidupan
Redha dan syukur nikmat kehidupan

4) Teroka Minat : Tonjolkan bakat
Mempelajari ilmu dan meneroka kemahiran yang diminati

5) Beri : Kebahagiaan dikongsi bersama
Berikan senyuman, penghargaan, masa, tenaga dan bantuan kepada orang lain

Kempen ini diharap akan mencapai tujuan dan sekaligus melahirkan rakyat Malaysia yang sejahtera mental dalam menghadapi cabaran kehidupan harian 

Sila klik capaian di bawah untuk maklumat lanjut berkaitan talian sokongan.

 

Hentikan Viral / Sebar Insiden Bunuh Diri
.Ai

Tips Mengendali Emosi dan Kesan Psikologi COVID-19 Bagi Petugas Barisan Hadapan
.Ai

Isolasi Sosial
.Ai

Tip Pelaporan Yang Berhemah
.Ai

Amalan Laporan Yang Berhemah (1)
.Ai

Amalan Laporan Yang Berhemah (2)
.Ai

Anda Positif COVID-19 Yang di Kuarantin di Rumah? (1)
.Ai

Anda Positif COVID-19 Yang di Kuarantin di Rumah? (2)
.Ai

Anda Positif COVID-19 Yang di Kuarantin di Rumah? (3)
.Ai

Anda Positif COVID-19 Yang di Kuarantin di Rumah? (4)
.Ai

Media Memainkan Peranan Penting Dalam Pencegahan Bunuh Diri
.Ai

Tip Penjagaan Kesihatan Mental Kendiri di Rumah
.Ai

Let's Talk, Minda Sihat : Di Mana Boleh Dapatkan Bantuan
Jadilah Warga Yang Prihatin

.Ai

Anda Syak Berlakunya Penderaan?
Jadilah Warga Yang Prihatin

.Ai

Penderaan Dan Keganasan Rumah Tangga Adalah Satu Jenayah
.Ai

Jauhi Stigma - Pandangan Negatif
Terhadap Pesakit Dan Keluarga

.Ai

Stigma Oleh Kenalan/Masyarakat Menghalang Niat Individu Yang Ingin Tampil Untuk Mendapatkan Rawatan
.Ai

Perintah Kawalan Pergerakan Menyebabkan Anda Stres?
.Ai

COVID-19 : Langkah Hadapi Burnout
.Ai

   

Kemaskini pada 08 September 2021

Cetak Emel

Bahagian Pendidikan Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia, Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62590 Putrajaya, Malaysia.


Tel : +603 88834500 Faks : +603-88886262 Emel : infosihat@moh.gov.my

media facebook media instagram media twitter rss media youtube rss