Nasihat Kesihatan Mencegah Kemudaratan Jerebu

KENYATAAN AKHBAR

YB MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

Kementerian Kesihatan Malaysia adalah merujuk kepada kenyataan akhbar Y.A.B Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Pusat mengenai situasi berjerebu di Muar pada 20 Oktober 2010. Berikut adalah nasihat kesihatan mencegah kemudaratan jerebu terutama kepada orang ramai di Muar dan lain-lain kawasan yang sedang dilanda jerebu:

  1. Kurangkan aktiviti fizikal di luar rumah.
  2. Sentiasa cuba berada di dalam bangunan (indoor). Jika terpaksa berada di luar, gunakan penutup hidung dan mulut (mask) yang sesuai.
  3. Pastikan udara di dalam rumah/bangunan sentiasa bersih.
  4. Kurangkan sumber pencemaran dalaman seperti asap rokok.
  5. Apabila memandu, gunakan penghawa dingin. Pilih operasi (mode) kitaran udara dalaman.
  6. Banyak minum air kosong (sekurang-kurangnya 8 gelas sehari).
  7. Basuh tangan dan muka dengan sabun dan air bersih selepas melakukan/menghadiri aktiviti luar.
  8. Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selsema, asma, sakit mata, jangkitan paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan seberapa segera jikalau keadaan penyakit bertambah teruk.
  9. Orang awam boleh mendapatkan langkah-langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan kesihatan akibat jerebu boleh diperolehi dari laman web http://www.infosihat.gov.my.

Sekian dan terima kasih.

YB DATO’ SRI LIOW TIONG LAI
Menteri Kesihatan Malaysia

Tarikh: 21 Oktober 2010

Cetak Emel

Bahagian Pendidikan Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia, Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62590 Putrajaya, Malaysia.


Tel : +603 88834500 Faks : +603-88886262 Emel : infosihat@moh.gov.my

media facebook media instagram media twitter rss media youtube rss