Speak Out

SPEAK OUT: EXPRESS YOUR RIGHT

1.         SPEAK OUT: EXPRESS YOUR RIGHT!

Kempen Speak Out: Express Your Right merupakan inisiatif Kementerian Kesihatan Malaysia mengadvokasikan rakyat Malaysia untuk menegur perokok yang merokok disekeliling mereka.

Anda mungkin mengenali orang yang merokok, atau terserempak dengan perokok yang merokok di kawasan larangan merokok. Bantu kami dengan menjadi sebahagian ejen perubahan tingkahlaku ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara bebas asap rokok.

2.         MENGAPA SPEAK OUT?

Tabiat merokok boleh mendatangkan pelbagai jenis penyakit terutama penyakit kanser paru-paru, tekanan darah tinggi, strok, penyakit jantung dan mati pucuk. Walaupun tidak merokok, anda sebenarnya terdedah kepada asap rokok basi dan asap rokok tertier, sekaligus mendedahkan anda kepada pelbagai penyakit sepertimana seorang perokok.

3.         BAGAIMANA SAYA BOLEH MEMBANTU?

Sebagai permulaan, kami mahukan anda untuk SPEAK OUT: EXPRESS YOUR RIGHT! Suarakan hak anda. Nyatakan rasa tidak selesa anda kepada orang yang merokok disekeliling anda. Namun, tegurlah dengan cara yang paling berhemah dan sopan.

TATACARA MENEGUR

  1. Mulakan niat yang baik untuk menegur
  2. Gunakan perkataan yang baik.
  3. Luahkan dengan sopan dan berhemah.

Kepada anda yang berani Speak Out: Express Your Right!, sekiranya perokok tidak memberikan respon seperti yang diharapkan, senyum dan yakinlah, anda telah melakukan yang terbaik. Syabas kami ucapkan!
Kepada perokok, terimalah teguran dengan memberi respon yang positif. Percayalah yang orang sekeliling sebenarnya amat menyayangi anda.
Anda yang merokok juga boleh membantu dengan menegur rakan-rakan yang merokok disekeliling mereka yang tidak merokok. Suarakan juga hasrat anda untuk berhenti merokok.

4.         KAMI PERLUKAN SOKONGAN RAKYAT MALAYSIA

Jadilah sebahagian daripada kami; rakyat Malaysia yang menghargai udara bersih dan sihat. Bersama-sama kita komited menjadikan Malaysia sebuah negara bebas asap rokok.
Sekiranya anda mengenali perokok, atau anda sendiri sebagai perokok yang berhasrat untuk berhenti, usah tunggu lagi. Dapatkan bantuan dan nasihat melalui Quitline di talian 03-88834400, atau kunjungi Perkhidmatan Klinik Berhenti Merokok di hospital terpilih seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut layari http://jomquit.moh.gov.my
Kami sedia membantu.

Cetak Emel

Bahagian Pendidikan Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia, Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62590 Putrajaya, Malaysia.


Tel : +603 88834500 Faks : +603-88886262 Emel : infosihat@moh.gov.my

media facebook media instagram media twitter rss media youtube rss