Program Siswa Sihat (PROSIS)

PENGENALAN 

prosis

Program Siswa Sihat (PROSIS) merupakan satu kolaborasi bijak Kementerian Kesihatan Malaysia bersama-sama Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memperkasakan siswa/i Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam mengamalkan cara hidup sihat. Program ini telah bermula sebagai projek rintis pada tahun 2011 di beberapa Universiti Awam yang terpilih sahaja namun kini telah diperluaskan ke Kolej Komuniti, Politeknik, Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru. Sehingga Jun 2017, sebanyak 38 buah IPT telah memulakan program ini di seluruh negeri.

 

KONSEP 

Pendekatan rakan sebaya yang berkonsepkan ‘Dari Siswa, Melalui Siswa, Untuk Siswa’.

OBJEKTIF 
Membudayakan amalan cara hidup sihat dalam kalangan siswa siswi IPT yang meliputi makan secara sihat, lakukan aktiviti fizikal, tidak merokok, pupuk minda sihat dan sihat tanpa alkohol.

TEMA "Siswa Sihat, Siswa Cergas".

STRATEGI

  1. Pendekatan rakan siswa/siswiprosis3
  2. Perkukuhkan pendekatan Kempen Cara Hidup Sihat
  3. Memperkasakan siswa/siswi (empowerment)
  4. Bina upaya siswa/siswi (capacity building)
  5. Mewujudkan jaringan kerjasama pelbagai agensi/swasta/NGO (networking)
  6. Membangunkan persekitaran menyokong (supportive environment)
  7. Melaksanakan program secara berpusat
  8. Penekanan perubahan tingkah laku

 

PENGGERAK PROSIS

prosis1

Penggerak PROSIS adalah ‘champion’ atau agen dalam merancang, menyelaras, melaksana dan menilai aktiviti pendidikan kesihatan di IPT masing-masing. Ia terdiri daripada sekumpulan siswa siswi yang dipilih atau secara sukarela menjadi agen/penggerak dalam menjalankan program aktiviti dan intervensi yang berkaitan cara hidup sihat.

Penggerak ini juga akan bertindak sebagai pemangkin (catalyst) dalam mempromosikan amalan hidup sihat dalam kalangan siswa siswi di kampus.

 

MODUL LATIHAN


Modul Latihan PROSIS
 .PDF  .AI

 

 

 

Layari  Facebook: Program Siswa Sihat PROSIS / Instagram: kdm_prosis untuk maklumat lanjut mengenai Program Siswa Sihat.

Cetak Emel

Bahagian Pendidikan Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia, Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62590 Putrajaya, Malaysia.


Tel : +603 88834500 Faks : +603-88886262 Emel : infosihat@moh.gov.my

media facebook media instagram media twitter rss media youtube rss