Kempen Cara Hidup Sihat 2000

promosi kesihatan mental

Di Malaysia, prevalen penyakit mental danmasalah mental di kalangan orang dewasa adalah 10.7% mengikut Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan pada tahun 1996. Namun golongan wanita didapati mencatatkan 1.5 kali lebih tinggi kadar prevalennya berbanding golongan lelaki dewasa. Kajian ini juga mendapati perbezaan yang signifikan/ketara antara rakyat tempatan (10.4%) berbanding pendatang (18.4%). Prevalen yang tinggi didapati di kalangan orang yang kematian pasangan hidup (29.2%), orang yang telah bercerai (21.3%), mereka yang telah tiada pelajaran (23.0%), penganggur (27.0%) dan pekerja-pekerja berpendapatan rendah (13.8%). Di kalangan golongan warga tua prevalen penyakit mental dan masalah mental adalah 26.0%, satu angka yang ternyata tinggi.

Kadar prevalen di kalangan kanak-kanak dan remaja ialah 15.5% bagi kawasan luar bandar dan bandar. Pada tahun 1997 mendapati prevalen masalah kesihatan mental di kalangan kanak-kanak di Malaysia adalah 28%, iaitu 26.1% bagi kawasan bandar dan 28.1% bagi kawasan luar bandar.

nav amalkankesihatan a1

Hasil beberapa kajian tertentu telah menunjukkan bahawa individu yang mempunyai harga diri yang tinggi, mampu berkomunikasi dengan bijak dan efektif, mempunyai sokongan sosial yang kuat pada keseluruhannya mempunyai kemampuan mempromosikan kesihatan mentalnya dengan baik.

Impak kesihatan mental yang kurang dalam individu dapat mengakibatkan masalah-masalah kepada individu itu sendiri, keluarganya dan masyarakat amnya. Bagi mengurangkan dan mengawal penyakit mental dan masalah kesihatan mental, orang ramai perlu mengamalkan kesihatan mental yang baik.

nav amalkankesihatan a2Bagi mengamalkan kesihatan mental yang baik, adalah penting untuk kita memahami kesihatan mental terlebih dahulu. Kesihatan mental adalah berkait rapat dengan kehidupan seharian setiap orang. Seperti kesihatan fizikal, kesihatan mental mesti dipromosikan dan dipertahankan. Mereka yang mempunyai kesihatan mental yang baik, berasa selesa dengan diri sendiri, berasa selesa dengan orang lain dan boleh memenuhi cabaran hidup seharian.

Kesihatan mental sememangnya perlu diperkatakan dan dipromosikan kerana ini adalah cara yang jauh lebih baik dan berkesan berbanding dengan merawat apabila telah menghidap penyakit mental. Apabila kita berbincang tentang kebahagiaan, kedamaian, kepuasan dan keseronokan, kita sebenarnya memperkatakan tentang kesihatan mental.

Kesihatan mental individu dipengaruhi oleh tiga faktor utama iaitu ciri-ciri khusus individu, faktor persekitaran dan peristiwa-peristiwa dalam hidup. Ciri-ciri khusus individu termasuklah harga diri (self-esteem), tabiat (temperament) dan kemampuan daya tindak (coping skills).

Promosi Kesihatan Mental


Faktor persekitaran termasuk faktor sosio-ekonomi, sokongan sosial dan keadaan fizikal seperti
tempat tinggal terlalu sesak, kotor, bising dan sebagainya. Perisitiwa-peristiwa dalam hidup termasuk kehilangan orang yang disayangi, masalah kewangan dan peralihan kitaran hidup seperti remaja kepada dewasa dan persaraan.

Sebelum masalah kesihatan mental menjadi ketara dan menjejas kehidupan seseorang, adalah penting bagi kita mencegahnya melalui promosi kesihatan mental. Kita perlu memahami apa yang dimaksudkan dengan promosi kesihatan mental. Promosi kesihatan mental adalah intervensi-intervensi atau tindakan-tindakan yang dilakukan bagi membantu/membolehkan individu meningkatkan dan mengekalkan kesihatan mental yang optimum, kesejahteraan hidup dan melaksanakan fungsi-fungsi sosial.

Dalam konteks kempen promosi kesihatan mental ini, pihak kementerian bertujuan untuk mencapai kesihatan mental yang baik dan kehidupan berkualiti untuk semua golongan masyarakat. Kempen ini juga menitik beratkan atau memberi fokus kepada kemampuan daya tindak individu dan masyarakat dan mengenal pasti strategi-strategi serta intervensi-intervensi ke atas kumpulan sasar yang tertentu. Untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan , memandangkan kempen promosi pesihatan pental julung kali diadakan, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menggariskan program-program terhadap kumpulan sasaran tertentu iaitu golongan kanak-kanak, remaja, ibu bapa, dewasa bekerja, warga tua dan masyarakat umum.

Kempen ini memberi penekanan kepada 10 kemahiran hidup yang diperlukan untuk mengekalkan tahap kesihatan mental yang baik iaitu : Latihan Tegas Diri, Harga Diri, Membina Persahabatan, Pemikiran Positif, Komunikasi Berkesan, Penyelesaian Masalah dan Membuat Keputusan, Pengurusan Konflik dan Kemarahan, Kemahiran Keibubapaan, Pengurusan Masa dan Teknik Relaksasi.

Kempen Promosi Kesihatan Mental ini juga memperkenalkan buat pertama kalinya Pokok Kesihatan Mental (Tree Of Mental Health), yang boleh dijadikan panduan orang ramai. Pokok Kesihatan Mental ini memudahkan orang ramai mengingatkan elemen-elemen penting bagi menggalakkan kesihatan mental yang baik.

Pokok Kesihatan Mental digambarkan melalui akar, batang dan buahnya sebagai hasil. Akar pokok menggambarkan 8 elemen iaitu kasih sayang, kejujuran, kemahiran hidup, tanggungjawab, penyayang, sokongan sosial, persahabatan, nilai moral dan rohani.

Gabungan akar, batang dan buah-buahan Pokok Kesihatan Mental membawa maksud kesihatan mental golongan sasar dapat ditingkatkan, 5 pakej projek promosi kesihatan mental telah juga disediakan dalam kempen ini. 5 pakej projek kesihatan mental adalah : "Kem Minda Sihat" bagi kanak-kanak, Projek "Kawanku Sihat" dan "Jalinan Hidup Sejahtera" bagi remaja, Projek "Keceriaan Minda" bagi ibubapa, Projek "Bijak Bekerja Minda Sihat" bagi orang dewasa bekerja dan akhir sekali Projek "Sumber Emas" bagi warga tua.

Cetak Emel

Bahagian Pendidikan Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia, Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62590 Putrajaya, Malaysia.


Tel : +603 88834500 Faks : +603-88886262 Emel : infosihat@moh.gov.my

media facebook media instagram media twitter rss media youtube rss