Kempen Cara Hidup Sihat 1994 bertemakan Promosi Kesihatan Kanak-Kanak yang bertujuan meningkatkan taraf kesihatan melalui promosi kesihatan yang optimum dalam penjagaan kesihatan kanak- kanak.Tema yang dipilih bagi kempen ini ialah "Anak Sihat Tonggak Masa Depan Negara" adalah bertepatan dan melibatkan seluruh keluarga dan mempunyai komponen-komponen yang memerlukan tindakan individu serta ahli keluarga. Ini selaras dengan usaha-usaha yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mencapai objektif Hari Kanak-Kanak Sedunia yang menekankan "pembangunan, survival dan perlindungan" kepada kanak-kanak.
Imunisasi
- Imunisasi melindungi kanak-kanak daripada lapan penyakit berbahaya iaitu hepatitis B, tibi, difteria, batuk kokol, tetanus, polio, campak dan rubella. Kanak-kanak yang diberi imunisasi lebih berkemungkinan dijangkiti penyakit,mati atau hilang upaya.
- Imunisasi perlu disegerakan. Semua imunisasi primer perlu dilengkapkan sebelum kanak-kanak mencapai umur setahun. Setiap lawatan ke klinik kesihatan atau hospital mesti dimanfaatkan untuk mendapatkan imunisasi.
- Pemberian imunisasi kepada kanak-kanak yang tidak sihat adalah selamat.
- Setiap wanita yang berumur antara 15 hingga 44 tahun mesti mendapat imunisasi tetanus yang lengkap.
- Setiap perempuan di antara 7 hingga 44 tahun perlu diberi imunisasi rubella.
Pertumbuhan Kanak-Kanak
- Pertambahan berat badan yang teratur merupakan petunjuk yang penting dalam pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Kanak-kanak yang berumur di bawah enam tahun perlu kerap ditimbang bagi mengawasi pertumbuhan mereka.
- Susu ibu adalah makanan terbaik untuk kanak-kanak bagi empat hingga enam bulan selepas dilahirkan.
- Apabila mencapai umur empat hingga enam bulan bayi memerlukan makanan-makanan lain sebagai tambahan kepada susu ibu.
- Bayi berumur lebih daripada enam bulan perlu makan makanan lima hingga enam kali sehari.
- Semua kanak-kanak memerlukan makanan yang kaya dengan vitamin dan zat galian.
- Setiap kali selepas sakit, seseorang kanak-kanak memerlukan makanan tambahan bagi mempercepatkan pertumbuhan yang terganggu kerana penyakit.
Perkembangan Awal Kanak-Kanak
- Kanak-kanak mempelajari mengenai dunia melalui sentuhan, penglihatan, pendengaran, rasa dan menghidu.
- Bercakap dengan kanak-kanak akan merangsangkan mereka untuk bercakap lebih.
- Permainan menggalakkan pembelajaran.
- Aktiviti harian perlu dimanfaatkan untuk mendidik kemahiran sosial.
- Perhatian konsisten dan sama rata daripada ibu bapa adalah penting untuk pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak.
- Pengesanan kecacatan di peringkat awal akan dapat menentukan tindakan yang awal juga.
- Kemalangan.
- Pastikan rumah dan kawasan sekelilingnya selamat bagi melindungi kanak-kanak daripada terjatuh dan terluka.
- Kanak-kanak mesti dijauhkan daripada dapur panas, air panas dan semua jenis peralatan elektrik.
- Bahan-bahan beracun dan semua ubat-ubatan harus dijauhkan daripada dicapai oleh kanak-kanak.
- Kanak-kanak mesti diajar agar tidak memasukkan sebarang objek kecil ke dalam mulut, telinga dan hidung.
- Kanak-kanak tidak boleh ditinggalkan bersendirian di tempat takungan air untuk mengelakkan kejadian lemas.
- Kanak-kanak mesti diawasi semasa di jalan raya atau taman permainan.