Page 9 - Buku Pemerkasaan Komuniti Ke arah Kesejahteraan Kesihatan Peranan MyChampion_28_7_22
P. 9

LAKUKAN AKTIVITI FIZIKAL





           Aktiviti fizikal bermaksud semua jenis pergerakan anggota tubuh badan yang disebabkan oleh kontraksi otot. Aktiviti fizikal meningkatkan
           penggunaan tenaga. Aktiviti fizikal merangkumi semua jenis aktiviti tidak berstruktur seperti berjalan ke pasar, berjalan di pusat membeli belah,
           mengemas rumah, mencuci pinggan, berkebun dan lain-lain.
                                  01                                                            07


                        Mengurangkan tekanan                                                 Mengekalkan berat badan unggul
                        Berpeluh membantu mengawal
                         tekanan fizikal dan mental.                                           Aktiviti fizikal membantu pembakaran
                                                                                                  kalori dan meningkatkan tahap
                       Aktiviti fizikal juga meningkatkan                                      metabolisme dalam badan. Seterusnya
                       tahap norepinephrine, yang dapat
                      menyeimbangkan tindak balas otak                                           mengekalkan berat badan unggul
                                                                                                        seseorang.
                            terhadap tekanan.
                      02                                    Melakukan                                     06
                                                              Kebaikan

               Meningkatkan hormon                             Aktiviti
               gembira dalam badan                                                                Meningkatkan kualiti tidur
           Hormon gembira merangsang pemikiran                  Fizikal                            Aktif sepanjang hari membantu
             positif yang merangkumi perasaan                                                   menstabilkan emosi dan menenangkan
           gembira, bahagia dan tenang yang mana                                                pemikiran seterusnya membantu untuk
            hormon ini dapat mengawal simptom                                                     tidur lebih nyenyak dan berkualiti.
            kemurungan dan keresahan seseorang.
                                 03                                                             05


                               Meningkatkan                                               Mengawal ketagihan
                               keyakinan diri                                             Aktiviti fizikal merangsang
                        Kekal aktif secara fizikal membantu                             dopamin yang mampu mengawal
                        mengawal emosi serta meningkatkan                             ketagihan dan kebergantungan kepada
                                                                                           ubat-ubatan atau alkohol.
                         keterampilan dan keyakinan diri.
                                                                04

                                                          Mencegah kemerosotan
                                                              tahap kognitif
                                                      Aktiviti fizikal menghalang kemerosotan
                                                       bahagian penting otak (hippocampus)
                                                       yang berfungsi untuk tahap pemikiran,
                                                           ingatan dan pembelajaran.

                                                                                MYCHAMPION BOLEH MENGGALAKKAN
                                                                                KOMUNITI UNTUK MELAKUKAN
                                                                                AKTIVITI FIZIKAL





                                                                                                                               9
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14