Page 46 - Garis Panduan Perkhidmatan Klinik Berhenti Merokok_2022
P. 46

GARIS PANDUAN PERKHIDMATAN KLINIK BERHENTI MEROKOK DI UNIT PENDIDIKAN KESIHATAN





                                a.  Pendekatan 5A

               Pendekatan 5A adalah kerangka yang digunakan untuk menstrukturkan intervensi
               berhenti merokok di hospital dan klinik iaitu:

                   •  ASK
                   •  ADVICE
                   •  ASSESS
                   •  ASSIST
                   •  ARRANGE FOLLOW UP


                   1.  ASK /TANYA



















                   •  Jika status merokok klien tidak diketahui, klien perlu di tanya mengenai
                       status merokoknya dan ianya perlu direkodkan.

                   •  Untuk yang masih merokok, tanya soalan yang berkaitan sejarah merokok
                       seperti berikut:

                          o  Bilangan rokok yang dihisap sehari

                          o  Cubaan berhenti merokok yang lalu dan apa yang terjadi

                          o  Adanya penyakit yang dihidapi akibat merokok

                   •  Untuk bekas perokok;

                          o  Betul-betul pastikan  keputusan klien untuk berhenti dan nyatakan
                              kebaikan menjadi bukan perokok.

                          o  Ucapkan  tahniah jika klien  membuat  pilihan yang terbaik  untuk
                              meningkatkan tahap kesihatan diri.

                          o  Jika klien telah berhenti merokok kurang setahun, bincang mengenai
                              strategi  gaya tindak (coping)  dan  pencegahan ketagihan semula
                              (relapse).  Rujuk kepada ASSIST untuk keterangan lanjut.

                   •  Untuk yang tidak pernah merokok
                          o  Ucapkan tahniah kerana  telah  mengambil keputusan untuk tidak
                              merokok.


                                                                                                       36




        42
   41   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51