Page 43 - Garis Panduan Perkhidmatan Klinik Berhenti Merokok_2022
P. 43

GARIS PANDUAN PERKHIDMATAN KLINIK BERHENTI MEROKOK DI UNIT PENDIDIKAN KESIHATAN





                                                                                              Lampiran B

               TEKNIK-TEKNIK MODIFIKASI TINGKAH LAKU


               •  Modifikasi  tingkah laku merujuk kepada langkah-langkah yang sistematik
                   berdasarkan prinsip-prinsip psikologi untuk mengubah tingkah laku yang negatif
                   kepada tingkah laku yang positif.

               •  Modifikasi tingkah laku juga didapati berjaya dalam menangani kesukaran untuk
                   berhenti merokok.

               •  Tujuan modifikasi tingkah laku adalah untuk:
                   ➢  Mengenal pasti tingkah laku negatif yang perlu diubah
                   ➢  Menetapkan matlamat
                   ➢  Menentukan strategi bertindak
                   ➢  Merancang prosedur
                   ➢  Melaksanakan strategi mengikut plan bertindak
                   ➢  Menilai keberkesanan dan mengubah rancangan jika perlu
                   ➢  Memastikan pencapaian matlamat yang telah ditetapkan

               •  Antara  pendekatan/teknik/kemahiran  modifikasi  tingkah laku yang digunakan
                   dalam perkhidmatan berhenti merokok adalah:

                   a.  Pendekatan 5A: Ask, Assess, Advise, Assist, Arrange
                   b.  Pendekatan 5R: Relevance, Risks, Reward, Readblocks, Repetition
                   c.  Teknik Motivational Interviewing
                   d.  Kemahiran Pembujukan
                   e.  Teknik Mental Simulation




























                                                                                                       33




                                                                                                                39
   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47   48