Page 20 - Garis Panduan Perkhidmatan Konsultasi Secara Maya-2022
P. 20

13.4.  Selain itu, Pegawai Perubatan juga adalah tertakluk kepada Peraturan
                     6[P.U.(A)396] di  mana Pegawai  Perubatan  hendaklah  menjaga  tatacara
                     berpakaian yang sepatutnya dan tidak berpakaian dengan apa-apa cara
                     yang boleh mencemarkan imej jabatan ketika menjalankan sesi konsultasi
                     bersama pesakit. Pegawai Perubatan disarankan untuk memakai kot putih
                     dan tag nama sepanjang sesi konsultasi dilakukan.
                 13.5.  Pegawai Perubatan juga perlu mematuhi etika dan amalan perubatan yang
                     dikeluarkan oleh  Malaysian Medical Council  (MMC) dan merujuk kepada
                     Advisory on Virtual Consultation during the COVID-19 Pandemic.

               14. Caj Perkhidmatan/Fi
                  Pada masa Garis Panduan ini disediakan, tiada caj dikenakan kepada
                  pelanggan bagi menggunakan Perkhidmatan Konsultasi Secara Maya ini. Walau
                  bagaimanapun, caj mungkin akan dikenakan mengikut Akta Fi, Bahagian
                  Kewangan, KKM di masa akan datang.
               15. Pemantauan dan Penilaian
                  Pengalaman pelanggan dan anggota pelaksana perkhidmatan ini akan
                  menjadi faktor kepada penilaian keberkesanan perkhidmatan ini. Pelaksanaan
                  Perkhidmatan Konsultasi Secara Maya ini dipantau menggunakan indikator yang
                  akan dianalisa di Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga seperti berikut;

                  15.1.  Maklumat demografi pelanggan.
                  15.2.  Bilangan pelanggan yang berdaftar, pelanggan baru dan kumulatif.
                  15.3.  Bilangan sesi konsultasi yang berjaya dilaksanakan.
                  15.4.  Bilangan keciciran pelanggan.
                  15.5.  Bilangan jenis skop perkhidmatan yang disediakan secara maya.

               16. Pengumpulan Data/Reten
                  16.1.  Rekod dan dokumentasi;
                     a)   Pegawai   yang   bertanggungjawab   berkenaan   reten  dan
                          Perkhidmatan  Konsultasi  Secara  Maya  perlu  menghantar  reten
                          kepada pihak BPKK secara bulanan.
                     b)   Maklumat reten dan format adalah seperti di Lampiran 5.
                     c)   Penyeliaan  teknikal  secara  berkala  hendaklah dijalankan  oleh
                          pegawai perubatan yang menjaga dan penyelia.
                     d)   Kualiti perkhidmatan dipantau menggunakan prosedur pemantauan
                          sedia ada. Setiap anggota yang terlibat perlu mematuhi kod etika
                          profession dan etika anggota perkhidmatan awam di amalkan pada
                          setiap masa.
                     e)   Penyediaan perkhidmatan perlu mematuhi CPG dan SOP mengikut
                          aktiviti atau program yang telah ditetapkan.

               GARIS PANDUAN PERKHIDMATAN KONSULTASI SECARA MAYA DI KLINIK KESIHATAN   13
   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25