Page 17 - Garis Panduan Perkhidmatan Konsultasi Secara Maya-2022
P. 17
10.3. Sesi Konsultasi
a) Pra-Konsultasi;
i. Sediakan bilik/ruang khas untuk tujuan konsultasi bagi menjaga
kerahsiaan dan privasi pelanggan.
ii. Sebelum menjalankan konsultasi, pegawai yang menjalankan
konsultasi perlu terlebih dahulu:
Menyemak senarai nama pelanggan dalam sistem janji temu.
Menyemak status klinikal serta keputusan ujian makmal pesakit.
Menyediakan draf Pelan Rawatan mengikut kategori skop
perkhidmatan.
iii. Pelanggan perlu diberi peringatan dua (2) hari sebelum tarikh sesi
konsultasi berserta pengesahan kehadiran.
iv. Jika pihak klinik ingin membatalkan sesi konsultasi atas sebab yang
tidak dapat dielakkan, pelanggan harus dimaklumkan
sekurang-kurangnya 24 jam sebelum sesi dilaksanakan dan
sebaliknya.
v. Pengurusan pesakit kronik perlu berlandaskan CPG, Polisi, Pekeliling
dan SOP sedia ada dan terkini.
b) Konsultasi;
i. Maklumkan kepada pelanggan tarikh dan masa sebelum sesi
konsultasi bermula samada melalui panggilan telefon, SMS,
Whatsapp atau emel.
ii. Lakukan verifikasi maklumat pelanggan menggunakan;
Nama.
Nombor Kad Pengenalan.
Kategori kumpulan sasaran.
Tarikh lawatan terakhir ke klinik kesihatan/janji temu.
iii. Mulakan sesi konsultasi.
iv. Slot sesi masa konsultasi bagi setiap pelanggan adalah berbeza,
bergantung kepada tempoh masa konsultasi setiap pelanggan.
Tiada ketetapan tempoh masa, ia sekurang-kurangnya 15-20 minit
dan ini termasuk penyelesaian pelaporan untuk pelanggan.
v. Penentuan tarikh janji temu lawatan susulan bergantung kepada
penilaian klinikal oleh pegawai yang menjalankan konsultasi.
vi. Sesi konsultasi akan dihentikan jika;
Talian internet tidak stabil semasa sesi konsultasi.
Mana-mana pihak didapati melanggar etika semasa sesi
konsultasi.
GARIS PANDUAN PERKHIDMATAN KONSULTASI SECARA MAYA DI KLINIK KESIHATAN 10