Page 16 - Garis Panduan Perkhidmatan Konsultasi Secara Maya-2022
P. 16

10. Proses Kerja

                 10.1.  Pendaftaran Pelanggan;
                     a)   Perkhidmatan ini dijalankan secara sistem janji temu di mana setiap
                          pelanggan yang bersetuju perlu didaftarkan ke dalam sistem janji
                          temu klinik.
                     b)   Pelanggan perlu diberi maklumat yang lengkap berkaitan
                          pelaksanaan perkhidmatan ini. Jika pelanggan bersetuju, persetujuan
                          secara bertulis perlu diperolehi daripada pelanggan (Lampiran 3).
                     c)   Pelanggan perlu mempunyai akaun emel yang sah untuk menerima
                          maklumat yang diberikan oleh anggota kesihatan mengenai
                          Perkhidmatan Konsultasi Secara Maya. Konsultasi boleh dilaksanakan
                          samada dengan menggunakan telefon pintar, komputer atau tablet.

                     d)   Kekerapan sesi konsultasi dilaksanakan adalah mengikut jadual yang
                          ditetapkan oleh klinik kesihatan. Hari dan masa sesi konsultasi
                          dilaksanakan mengikut kesediaan klinik berdasarkan beban kerja
                          serta bilangan anggota yang sedia ada.
                     e)   Bilangan  pelanggan  yang  dipilih  pada  setiap sesi  bergantung
                          kepada slot yang disediakan oleh penyelaras Perkhidmatan
                          Konsultasi Secara Maya.

                 10.2.  Langkah-langkah pendaftaran pelanggan;
                     a)   Kenalpasti pelanggan berdasarkan kriteria pemilihan pelanggan di
                          Lampiran 4.
                     b)   Pastikan pelanggan menandatangani Borang Persetujuan Konsultasi
                          Secara Maya dan disaksikan oleh Pakar Perubatan Keluarga/Pegawai
                          Perubatan/Penyelia  Penolong   Pegawai   Perubatan/Penyelia
                          Jururawat.
                     c)   Maklumkan kepada pelanggan bahawa mereka tidak akan dilihat
                          oleh pegawai perubatan yang sama semasa sesi konsultasi.
                     d)   Pelanggan perlu bersetuju dengan syarat-syarat iaitu;
                          i.  Sebarang rakaman sepanjang sesi konsultasi tidak boleh
                              ditular/dikongsi/disebar kepada pihak luar.
                          ii.  Rakaman tidak boleh digunakan sebagai bukti untuk mengambil
                              tindakan undang-undang terhadap KKM.
                     e)   Pastikan pelanggan mempunyai emel yang sah.
                     f)   Dapatkan alamat emel pelanggan terlebih dahulu. Sekiranya tiada,
                          pelanggan perlu mewujudkan emel terlebih dahulu.
                     g)   Beri tarikh dan masa janji temu berdasarkan slot yang telah
                          ditetapkan.

               GARIS PANDUAN PERKHIDMATAN KONSULTASI SECARA MAYA DI KLINIK KESIHATAN   9
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21