Page 19 - Garis Panduan Perkhidmatan Konsultasi Secara Maya-2022
P. 19
12.2. Keperluan teknikal pelanggan;
a) Komputer/komputer riba yang dilengkapi dengan webcam, headset
dan mikrofon, telefon pintar (Smart Phone)/Tablet.
b) Talian internet dengan data plan yang mencukupi dan stabil (disarankan
tidak menggunakan pra bayar).
c) Maklumat pelayar (web browser) yang diperlukan:
i. Jenis Pelayar: Google Chrome - stabil.
ii. Jenis pelayar lain: Pelayar yang terkini bagi Firefox (Mozilla
Foundation), Microsoft Edge (Microsoft) dan Safari (Apple).
d) Pelanggan mempunyai alamat emel yang sah.
13. Medikolegal
13.1. Implikasi perundangan dalam pelaksanaan Perkhidmatan Konsultasi Secara
Maya ini adalah penting dan perlu diberi perhatian bagi melindungi
anggota pelaksana.
13.2. Berikut adalah langkah-langkah yang perlu dilaksanakan bagi
mengelakkan sebarang isu berkaitan medikolegal yang boleh timbul dan
membabitkan anggota pelaksana khususnya dan Kementerian Kesihatan
Malaysia amnya;
a) Mendapatkan kebenaran dan persetujuan pelanggan menggunakan
Borang Persetujuan Konsultasi Secara Maya (BPKK/VC/2020 PINDAAN
1-2022).
b) Mendokumen dan menyimpan maklumat peribadi dan klinikal
pelanggan.
c) Mematuhi Clinical Practice Guideline (CPG), Standard Operating
Procedure (SOP), polisi, pekeliling dan lain-lain dalam pengurusan
pelanggan.
d) Membenarkan pegawai yang menjalankan konsultasi menghentikan
sesi sekiranya pelanggan didapati melanggar etika semasa sesi
konsultasi.
13.3. Pegawai Perubatan adalah tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Pegawai
Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993[Pu (A) 395]. Dengan itu, Pegawai
Perubatan adalah tertakluk sebagimana dinyatakan di Peraturan
4(2)[P.U.(A)395] di mana Pegawai Perubatan hendaklah menjaga tutur kata
etika kerja Ketika sesi konsultasi bersama pesakit dan tidak seharusnya
berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh mencemarkan imej jabatan.
GARIS PANDUAN PERKHIDMATAN KONSULTASI SECARA MAYA DI KLINIK KESIHATAN 12