Page 24 - Garis Panduan Perkhidmatan Konsultasi Secara Maya-2022
P. 24
Lampiran 3
(BPKK/VC/2020-PINDAAN1- 2022)
BORANG PERSETUJUAN
PERKHIDMATAN KONSULTASI SECARA MAYA
Perkhidmatan Konsultasi Secara Maya adalah penyampaian perkhidmatan
kesihatan secara maya (virtual), langsung (live) dan interaktif yang merangkumi
konsultasi klinikal dan pelan rawatan pelanggan di antara anggota kesihatan dan
pelanggan. Perkhidmatan ini merupakan satu inisiatif yang dilaksanakan bagi
memastikan penjarakkan sosial dan menyediakan perkhidmatan kesihatan yang
berterusan setaraf dengan kemajuan teknologi.
Saya telah diberi penerangan oleh Pengamal Perubatan tentang perlaksanaan
Perkhidmatan Konsultasi Secara Maya ini dan bersetuju;
1. Untuk menyertai Perkhidmatan Konsultasi Secara Maya ini.
2. Maklumat klinikal semasa sesi konsultasi boleh dikongsi dengan Pengamal
Perubatan lain untuk tujuan rujukan sekiranya perlu, bagi kesinambungan
perawatan.
3. Sebarang rakaman video atau audio sepanjang sesi konsultasi secara maya
ini tidak boleh ditular/dikongsi/disebar kepada pihak luar oleh kedua-dua
pihak.
4. Rakaman tidak boleh digunakan sebagai bukti untuk tindakan undang-
undang terhadap KKM.
5. Pengamal perubatan yang bertugas boleh memberhentikan konsultasi jika:
a) Berlaku gangguan akses capaian internet atau sebarang masalah
teknikal.
b) Jenis perbualan tiada berkaitan dengan tujuan konsultasi kesihatan saya.
6. Saya berhak untuk tidak meneruskan konsultasi secara maya ini atas pilihan
saya sendiri.
7. Saya akan hadir/membawa pelanggan hadir ke klinik sekiranya terdapat
keperluan untuk pemeriksaan lanjutan.
Ditandatangani:
(Pesakit/penjaga) (Saksi**)
Nama : Nama :
No. K/P : No. K/P :
Tarikh : Jawatan :
Jika penjaga, Tarikh :
hubungan dengan pelanggan : Cop Klinik kesihatan :
Nama pelanggan :
No. K/P :
Peringatan:
Pelanggan perlu dibuat persediaan awal bagi janji temu untuk Pekhidmatan Konsultasi Secara Maya seperti yang ditetapkan.
* Saksi boleh terdiri dari Pakar Perubatan Keluarga/Pegawai Perubatan/Penyelia Penolong Pegawai Perubatan/Penyelia Jururawat
GARIS PANDUAN PERKHIDMATAN KONSULTASI SECARA MAYA DI KLINIK KESIHATAN 17