Page 18 - Garis Panduan Perkhidmatan Konsultasi Secara Maya-2022
P. 18

vii. Sekiranya sesi konsultasi terputus disebabkan faktor talian, hubungi
                             semula pelanggan dan atur janji temu secara maya untuk sesi
                             seterusnya atau hadir fizikal ke klinik.
                         viii. Pelanggan berhak untuk tidak meneruskan sesi konsultasi atas
                             pilihan sendiri dan perlu memaklumkan kepada pihak klinik dalam
                             tempoh masa 24 jam.

                      c)  Pasca-Konsultasi;
                         i.  Maklumat Pelan Rawatan pelanggan selepas sesi konsultasi perlu
                             didokumentasikan di dalam rekod pesakit.
                         ii.  Rekod dan kemaskini tarikh janji temu susulan di dalam sistem.

                         iii.  Penyediaan slip preskripsi ubat ulangan melalui  Value Added
                             Services (VAS); Perkhidmatan Farmasi pandu lalu, pos, fizikal dan
                             lain-lain.
                         iv.  Pastikan log keluar yang betul dari sistem.

               11. Penyimpanan Data Rekod
                 11.1.  Data yang telah direkod perlu dicetak dan simpan dalam buku rekod atau
                      dokumenkan di dalam buku rekod pelanggan untuk rujukan.
                 11.2.  Bagi Klinik TPC, penyimpanan rekod demografi dan klinikal adalah secara
                      berpusat di pangkalan data TPC.

               12. Teknikal (ICT)
                 12.1.  Keperluan teknikal di klinik;
                      a)  Komputer/komputer riba yang dilengkapi dengan webcam, headset dan
                        mikrofon.
                      b)  Talian internet untuk VC google meet dengan bandwidth minima 3Mbps.
                      c)  Capaian hendaklah menggunakan Local Area Network (LAN)/ Network
                        Port.
                      d)  Maklumat pelayar (web browser) yang diperlukan;
                        i.  Jenis Pelayar: Google Chrome - stabil.
                        ii.  Jenis pelayar lain: Pelayar yang terkini bagi  Firefox  (Mozilla
                           Foundation), Microsoft Edge (Microsoft) dan Safari (Apple).
                      e)  Menggunakan akaun emel rasmi MyGovUC 2.0.
                      f)  Mendapatkan alamat emel pelanggan yang sah.
                      g)  Dokumen MyGovUC 2.0 Manual Persidangan Dalam Talian Google Meet
                        v1.0 adalah seperti di Lampiran 6a.
                      h)  Dokumen MyGovUC 2.0 Tetapan Port Rangkaian v1.1 adalah seperti di
                        Lampiran 6b.

               GARIS PANDUAN PERKHIDMATAN KONSULTASI SECARA MAYA DI KLINIK KESIHATAN   11
   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23