Page 19 - MyHealth Sept 2025 Final
P. 19
Kes disenteri meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan.
Pada 2025, sebanyak 516 kes telah dilaporkan sehingga Jun -
lebih 90% melibatkan kanak-kanak bawah 2 tahun, dan hampir
20% bayi bawah 6 bulan.
Golongan Berisiko
• Kanak-kanak bawah 5 tahun
• Bayi kurang zat makanan
• Warga emas dengan penyakit kronik
• Pesakit imuniti rendah (kanser, HIV/AIDS)
Rawatan & Tindakan Awal
• Teruskan penyusuan untuk bayi - jangan ganti dengan air
kosong.
• Makan makanan berzat - jumlah kecil tetapi kerap
• Demam tinggi - ambil paracetamol dan teknik sponging.
• Rawatan dehidrasi:
- Ringan: Minum air banyak & larutan ORS (oral rehydration
salt).
- Teruk: Perlu rawatan intravena di hospital.
• Antibiotik - hanya jika perlu & atas nasihat doktor
• Kes serius - mungkin perlu dirawat di hospital
• Jika buah pinggang terjejas, rawatan seperti dialisis mungkin
Parasit Entamoeba Histolytica diperlukan.
6 Langkah Pencegahan Mudah
1. Cuci tangan selepas ke tandas dan sebelum makan
2. Steril botol susu dan peralatan bayi
3. Minum air yang dimasak
4. Urus lampin pakai buang dengan betul
5. Teruskan penyusuan ibu
6. Bersihkan barang mainan dan permukaan sentuhan kanak-
kanak
Kesimpulannya, disenteri bukan sahaja menyebabkan
ketidakselesaan malah boleh mengancam nyawa lebih-lebih lagi
bagi bayi dan golongan berisiko tinggi.
“Jangan tunggu hingga parah”
Jaga kebersihan, amalkan pemakanan seimbang, dan dapatkan
rawatan segera jika anda atau anak menunjukkan gejala.
Ingat, cegah lebih baik daripada merawat. Kesihatan anda,
tanggungjawab bersama!
Sumber:
Unit Kawalan Penyakit Bawaan Makanan & Air Bahagian Kawalan
Penyakit, KKM
MYHEALTH FOR LIFE SEPTEMBER 2025 15

