Page 22 - MyHealth Sept 2025 Final
P. 22
Penjagaan Kesihatan
Merentas USIA
Pulau Pinang bukan sekadar terkenal dengan makanan sedap dan
pemandangan indah, tetapi negeri ini juga sedang giat membina
komuniti sihat untuk semua peringkat umur - daripada golongan
muda hingga warga emas.
Baru-baru ini, pasukan World Health Organization (WHO) di
Malaysia mengadakan lawatan kerja ke Pulau Pinang sebagai
sebahagian daripada tinjauan di peringkat negeri.
Delegasi tersebut diketuai oleh wakil WHO ke Malaysia, Brunei
Darussalam dan Singapura, Dr. Rabindra Abeyasinghe berpeluang
meninjau pelbagai pendekatan yang dilaksanakan di Pulau Pinang Kehidupan Yang Sihat Di Setiap Usia
untuk mewujudkan sistem kesihatan yang lebih inklusif.
Delegasi tersebut turut melawat beberapa fasiliti kesihatan,
“Penuaan sihat bukan sekadar tentang perkhidmatan kesihatan antaranya Kompleks Kesihatan Jalan Perak, Hospital Kepala
tetapi ia tentang komuniti, kemerdekaan dan keterangkuman Batas dan Klinik Komuniti Sungai Burung yang menyediakan
warga tua,” kata Dr. Rabindra Abeyasinghe. perkhidmatan sokongan untuk golongan tua menerusi rawatan
rehabilitasi, pengurusan penyakit kronik dan penjagaan ibu
Antara lokasi yang dilawati termasuk Pusat Aktiviti Warga Emas mengandung.
(PAWE) Jelutong yang komited menjaga kesejahteraan golongan
warga emas melalui pelbagai inisiatif termasuk ruang interaksi Mereka juga berkesempatan mengunjungi Wellness Hub Seberang
sosial dan aktiviti sihat. Perai Utara yang menawarkan perkhidmatan pencegahan seperti
berhenti merokok, kaunseling pemakanan, terapi seni kreatif dan
program I-Fit-and-Eat-Right bagi menangani kadar obesiti negeri
yang kini lebih tinggi daripada purata kebangsaan.
Misi ini diakhiri dengan pertemuan dengan Persatuan
Pembangunan Kesihatan Keluarga Pulau Pinang yang
menyediakan perkhidmatan HIV, kesihatan seksual dan
reproduktif. Pendekatan inklusif ini tidak mengira status
kewarganegaraan sekaligus menyerlahkan kepentingan akses
universal merentas umur, identiti dan latar belakang.
Seiring dengan penuaan penduduk Malaysia, Pulau Pinang
menunjukkan contoh bagaimana untuk meniti usia dengan
maruah, sokongan dan tujuan dalam persekitaran yang inklusif.
Melalui kerjasama kukuh, program komuniti yang inovatif dan
komitmen jelas terhadap keterangkuman, negeri ini sedang
membuka jalan ke arah sistem kesihatan dan persekitaran yang
lebih mesra warga emas.
18 SEPTEMBER 2025 MYHEALTH FOR LIFE

