Page 24 - MyHealth Sept 2025 Final
P. 24
INISIATIF ANMS
“SIHAT ITU SAYA”
bergema ketika acara Fun Run & Tanggathon Merdeka
Bulan Ogos diraikan dengan penuh semangat
patriotik dan kebanggaan. Kita dapat lihat
Jalur Gemilang dikibarkan di seluruh negara
bagi membangkitkan rasa cinta kepada
negara. Pun begitu, semangat cintakan
tanah air juga boleh dizahirkan melalui gaya
hidup sihat.
Tahun ini, Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM) meraikan bulan kemerdekaan
dengan sambutan penuh makna melalui
penganjuran Fun Run & Tanggathon Merdeka
baru-baru ini. Bersempena acara tersebut
juga, turut dilancarkan Kick-Off Inisiatif
Program Kecergasan: Sihat Itu Saya.
Gabungan elemen kecergasan, kesihatan
dan patriotisme dalam program ini berjaya
mencetuskan suasana meriah dan penuh
ceria. Ia bukan sekadar riadah tetapi juga
lambang kecintaan kepada negara.
Acara ini menghimpunkan 468 orang
peserta, terdiri daripada 163 lelaki dan
305 perempuan. Ia menjadi bukti bahawa
semakin ramai yang menyedari pentingnya
kekal sihat, aktif dan cergas. Ia bukan sahaja
untuk diri sendiri tetapi juga sebagai satu
bentuk sumbangan kepada negara.
20
20 SEPTEMBER 2025 MYHEALTH FOR LIFE

