Page 17 - MyHealth Sept 2025 Final
P. 17
Apakah yang perlu dilakukan jika terdapat reaksi pada tempat suntikan?
Tempat suntikan vaksin mungkin bertukar kemerahan, sakit dan bengkak.
Tuam menggunakan tuala yang direndam dalam air sejuk (cold compression)
untuk kurangkan sakit dan bengkak serta anak akan lebih selesa.
Reaksi akan sembuh dalam masa 1-2 hari. Jika berlarutan,
bawa anak ke klinik untuk rawatan lanjut.
Bolehkah alahan kulit berlaku
seminggu selepas menerima
imunisasi?
Boleh. Alahan kulit merupakan
reaksi hipersensitiviti lewat (delayed
hypersensitivity reaction). Kemungkinan
untuk berlaku adalah tinggi dengan vaksin
MMR berbanding vaksin lain.
Alahan ini biasanya diiringi dengan
demam
Bawa anak ke klinik jika alahan kulit
berlaku
Kenapa saya perlu maklumkan kesan
sampingan vaksin?
Membantu memantau tren kesan
sampingan vaksin di kalangan masyarakat.
Memastikan rawatan yang sesuai dapat
Mengapakah demam berlaku selepas diberikan jika perlu.
Menjamin keselamatan dan kualiti vaksin
imunisasi? di negara ini sentiasa terjaga.
Selepas imunisasi, sesetengah kanak-
kanak mungkin mengalami demam
ringan untuk tempoh singkat, biasanya Jika mengalami kesan sampingan
akan reda dalam masa 1–2 hari. Demam selepas vaksinasi:
ini menandakan tubuh sedang memberi
tindak balas terhadap vaksin bagi membina Laporkan kepada fasiliti kesihatan
perlindungan daripada penyakit. berhampiran atau melalui aplikasi
MySejahtera.
Apa yang boleh dilakukan sekiranya
anak demam selepas imunisasi? Selain itu, laporan juga boleh dibuat melalui
laman web NPRA di:
Tuam badan anak dengan tuala basah https://www.npra.gov.my/index.php/my/
suam untuk menyejukkan badan. consumers-2/pelaporan/reporting-side-
Berikan ubat demam (paracetamol) effects-to-medicines-conserf-or-vaccines-
mengikut nasihat pegawai kesihatan. aefi.html
Pantau suhu badan anak secara berkala.
Sekiranya demam berpanjangan, segera Semakan oleh:
bawa anak mendapatkan rawatan di DR. MOHD FAIRUZ BIN ADDNAN
fasiliti kesihatan yang berhampiran. PAKAR PERUBATAN KESIHATAN AWAM
Sektor Pengurusan Bencana, Krisis dan Kecemasan
Bahagian Kawalan Penyakit
MYHEALTH FOR LIFE SEPTEMBER 2025 13

