Page 18 - MyHealth Sept 2025 Final
P. 18

INFO KESIHATAN                                         AWAS



















         Ibu Ayah Jangan Pandang Ringan




         CIRIT-BIRIT BERDARAH!





          Disenteri Bukan Cirit-Birit Biasa, Boleh Ancam Nyawa




                                                              Puncanya?

                                                              Penyakit ini berpunca daripada jangkitan bakteria atau parasit.
                                                              Jom kenali agen penyebab disenteri dan apa yang anda perlu
                                                              tahu:


                                                                 Agen Penyebab      Cara Jangkitan & Sumber

                                                               Shigella sp.      • Makanan & air tercemar
                                                                                 • Amalan kebersihan yang tidak baik

                                                               Salmonella sp.    • Makanan tercemar
        “Mula-mula cuma cirit-birit biasa...” – itulah yang disangka             • Daging ayam, itik, telur yang tidak
        seorang ibu apabila si kecil mengalami najis cair. Namun                  dimasak sempurna
        keadaan berubah cemas apabila najis berbau busuk itu turut
        mengandungi darah. Anaknya kemudiannya disahkan menghidap   E. coli      • Daging mentah / tidak dimasak
        disenteri, sejenis cirit-birit berdarah yang boleh mengancam              sempurna, sayur tidak bersih, susu,
        nyawa.                                                                    keju, air tercemar
                                                               Campylobacter sp.  • Daging ayam, itik, hati tidak
        Apa itu Disenteri?                                                        dimasak sempurna, susu tidak
                                                                                  dipasteur, air tercemar
        Disenteri merujuk kepada najis bercampur darah yang disertai
        gejala lain seperti:                                   Entamoeba histolytica  • Makanan /air tercemar
                                                                                 • Juga boleh dijangkiti melalui
         • Loya & muntah                                                          seksual
         • Kejang perut
         • Demam panas                                         Vibrio            • Makanan laut seperti kerang, tiram,
                                                               parahaemolyticus   kupang mentah atau tidak dimasak
        Tanpa rawatan, disenteri boleh menyebabkan komplikasi serius              sempurna
        seperti dehidrasi melampau, kejang otot, paralisis (akibat   Yersinia enterocolitica  • Makanan tidak dimasak sempurna
        kekurangan kalium), perforasi usus (usus berlubang), kegagalan           • Susu, tauhu
        buah pinggang atau jantung, sepsis (jangkitan dalam darah), HUS
        (Haemolytic Uraemic Syndrome) atau kematian.



    14 SEPTEMBER 2025     MYHEALTH FOR LIFE
   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23