Page 23 - MyHealth Sept 2025 Final
P. 23
“Sihat Milik Semua”
Promosi amalan kesihatan dan kebersihan, kukuh KHABAR ANMS NEGERI
hubungan raja dan rakyat
Raja dan rakyat berpisah tiada. kilometer mengelilingi Bukit Lagi Ecopark, Kangar. Ia disertai
oleh hampir 2,000 orang peserta termasuk kanak-kanak, peserta
Itu apa yang dapat digambarkan bagi penganjuran Karnival “Sihat autistik dan golongan istimewa OKU.
Milik Semua” apabila mendapat sambutan meriah daripada
pelbagai golongan masyarakat termasuk kanak-kanak, peserta DYTM Tuanku Raja Muda Perlis, DYTM Tuanku Raja Puan Muda
autistik dan golongan istimewa OKU. Perlis serta Yang Amat Mulia (YAM) Syed Sirajuddin Areeb Putra
Al-Haj Jamalullail, Warisnya Yang Kedua Negeri Perlis, berkenan
Program yang dianjurkan bersempena sambutan Jubli Perak berangkat mencemar duli bagi menyempurnakan upacara
Pemerintahan Raja Perlis, Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tuanku pelepasan peserta larian.
Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed
Putra Jamalullail itu diadakan bagi mempromosi gaya hidup sihat
kepada rakyat.
Selain mempromosi amalan kesihatan dan kebersihan, program
tersebut turut bertujuan mendekatkan orang ramai dengan
kerabat diraja sekali gus mengukuhkan hubungan antara rakyat
dan pemimpin.
Acara selama dua hari anjuran JKN Perlis dengan kerjasama
Yayasan Amal Tengku Hajah Budriah Perlis (YATHB) serta Kerajaan
Negeri Perlis itu telah berlangsung di Dewan 2020, Kangar.
Hari pertama menyaksikan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM)
Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed
Sirajuddin Jamalullail turut berkenan mengetuai kayuhan sejauh
16 kilometer yang turut disertai Menteri Kesihatan, YB Datuk Seri
Dr. Dzulkefly Ahmad.
Peserta kayuhan turut singgah di tiga buah rumah asnaf selain
meninjau kerja naik taraf sebuah klinik desa.
Hari kedua pula dimeriahkan dengan acara Eco Fun Run iaitu
program berkonsepkan larian atau berjalan santai sejauh 6
MYHEALTH FOR LIFE SEPTEMBER 2025 19

