Page 14 - MyHealth Sept 2025 Final
P. 14
INFO KESIHATAN
MEMAHAMI DISFAGIA DALAM
KALANGAN WARGA EMAS:
PANDUAN PRAKTIKAL UNTUK PENJAGA
Oleh: Puspa Maniam, Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan), Hospital Kuala Lumpur
Adakah waktu makan menjadi satu cabaran?
Adakah warga emas di bawah jagaan anda
kerap batuk, tercekik atau mengambil masa
yang terlalu lama untuk menghabiskan
hidangan? Ini mungkin bukan sekadar tersedak
biasa, tetapi tanda-tanda disfagia iaitu
kesukaran untuk menelan.
Masalah menelan bukan sahaja menjejaskan
kualiti hidup, tetapi ia juga amat berbahaya.
Jika tidak diuruskan dengan betul, ia boleh
menyebabkan komplikasi serius seperti
kekurangan zat (malnutrisi), dehidrasi dan
jangkitan paru-paru (aspiration pneumonia)
yang boleh mengancam nyawa. Sebagai
penjaga, memahami cara membantu mereka
adalah amat penting.
KENALI TANDA-TANDA AMARAN DISFAGIA Langkah SPESIFIK semasa makan
Perhatikan jika warga emas menunjukkan Tugas anda adalah untuk mengingatkan mereka supaya:
tanda-tanda berikut semasa atau selepas Makan dengan perlahan-lahan dan tidak gelojoh.
makan: Mengambil saiz suapan yang kecil.
Tersedak semasa/ selepas makan dan/ atau Menelan beberapa kali sebelum mengambil suapan
minum yang seterusnya.
Kerap berdehem (throat clearing) Minum air selepas mengambil beberapa suapan
Mengalami perubahan suara (suara makanan (bukan secara berterusan).
kedengaran basah)
Perlu menelan beberapa kali bagi setiap
suapan Tugas anda adalah untuk membantu secara fizikal:
Makanan tersangkut/ melekat di mulut atau
tekak Untuk mencedok makanan atau mencapai cawan.
Dengan memulakan suapan awal sebelum membiarkan
Sakit semasa menelan mereka menyuap sendiri.
Air liur/ air meleleh keluar dari mulut Menggunakan teknik bantuan menyuap (over hand/
Makanan/ minuman terkeluar dari hidung under hand).
Perubahan tabiat pemakanan seperti kurang
makan
Pernafasan meningkat semasa/ selepas Tugas anda adalah untuk mengawal sepenuhnya proses
makan dan/ atau minum suapan:
Suap dengan perlahan-lahan menggunakan saiz
Jika terdapat tanda-tanda disfagia, segera suapan yang kecil.
berjumpa dengan pegawai perubatan atau ahli Beri masa yang secukupnya untuk mereka mengunyah.
terapi pertuturan-bahasa untuk penilaian lanjut. Tunggu mereka menelan beberapa kali sebelum
memberi suapan seterusnya.
Beri minum seteguk air selepas beberapa suapan
PANDUAN KEPADA PENJAGA
Langkah UNIVERSAL sebelum makan Langkah UNIVERSAL selepas makan
Sediakan persekitaran yang kondusif
Pakai gigi palsu, cermin mata dan alat bantu Rehat dan duduk menegak selama 30 minit selepas
dengar (jika ada) waktu makan
Duduk dalam keadaan menegak dan selesa Periksa dan keluarkan sisa makanan dari mulut
Pastikan jenis hidangan yang sesuai (jika ada)
10 SEPTEMBER 2025 MYHEALTH FOR LIFE

