Page 11 - MyHealth Sept 2025 Final
P. 11

Pilihan Rawatan

                                                                                  Rawatan bergantung pada jenis,
                                                                                  tahap penyakit dan keadaan pesakit.
                                                                                  Antara rawatan yang tersedia:
                                                                                   Kemoterapi
                                                                                     rawatan utama bagi kebanyakan
                                                                                     kes.
                                                                                   Radioterapi.
                                                                                   Imunoterapi
                                                                                     contohnya antibodi monoklonal
                                                                                     seperti Rituximab.
                                                                                   Pemindahan stem sel
                                                                                     untuk kes berisiko tinggi atau
                                                                                     berulang.
                                                                                   Rawatan sasaran molekul
                                                                                     bergantung pada ciri genetik
                                                                                     kanser.


















                                                                                  Kebanyakan pesakit memberi tindak
                                                                                  balas yang baik terhadap rawatan,
                                                                                  terutama jika dikesan awal. Limfoma
                                                                                  Hodgkin sering boleh sembuh
                                                                                  sepenuhnya, manakala sesetengah
                                                                                  jenis NHL walaupun agresif, masih
                                                                                  boleh dirawat. Jenis yang lebih
                                                                                  perlahan pula mungkin memerlukan
                                                                                  pemantauan jangka panjang.
















                                                                                   Ingat! Jika anda mengalami
                                                                                   bengkak pada nodus limfa atau
                                                                                   gejala yang tidak dapat dijelaskan
                                                                                   selama beberapa minggu,
                                                                                   jangan tunggu. Pemeriksaan
                                                                                   awal dan secara berkala boleh
                                                                                   menyelamatkan nyawa anda.

                                                                                             DR. NORASRINA BINTI ISHAK
                                                                                       Semakan
                                                                                         oleh:  PAKAR PERUBATAN TRANSFUSI
                                                                                             Hospital Shah Alam

                                                                                    MYHEALTH FOR LIFE     SEPTEMBER 2025  7
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16