Page 8 - MyHealth Sept 2025 Final
P. 8

IKON INSPIRASI
                     PENYAKIT                                                 Pun begitu, selepas mengambil ubat,






                                                                              keadaannya tidak juga pulih. Bukan itu
                                                                              sahaja, tubuhnya juga kadang-kala terasa
                                                                              lemah, tangan seperti ditekan-tekan, kaki
        1001 WAJAH                                                            hujung jari. Beliau juga dikesan mengalami
                                                                              sakit, pucat dan sejuk pada bahagian
                                                                              anemia atau aras hemoglobin yang rendah.
                                                                              “Doktor yang saya temui waktu itu
                                                                              mengesyaki ia mungkin ada kaitan dengan
                                                                              talasemia namun ujian darah tidak pula
                                                                              tunjuk apa-apa. Akhirnya saya ke hospital,
                                                                              dan selepas penilaian oleh tiga orang
                                                                              pakar, saya telah disahkan menghidap
                                                                              Systemic Lupus Erythematosus (SLE) dan
                                                                              Lupus Nephritis yang memberi kesan
         Hidap Systemic Lupus Erythematosus dan                               kepada organ buah pinggang, darah dan
         Lupus Nephritis, Dr. Nur Asyura tak jadikan                          sendi,” cerita Dr. Nur Asyura.
                alasan berhenti kejar impian                                  Beliau kemudiannya dimasukkan ke
                                                                              hospital selama dua minggu untuk
                                                                              pemeriksaan menyeluruh dan hasil biopsi
                                                                              mengesahkan tahap penyakit Lupus
                                                                              Nephritis yang dihidapinya berada pada
                                                                              peringkat 2B iaitu masih terkawal, tetapi
                                                                              memerlukan rawatan berkekalan.
                                                                              “Sewaktu disahkan menghidap penyakit
                                                                              ini, saya teringat pernah terbaca tentang
                                                                              kisah seorang gadis yang memberitahu
                                                                              dirinya menghidap penyakit autoimun
                                                                              yang menyerang organ badannya sendiri
                                                                              di dalam sebuah majalah. Waktu itu saya
                                                                              tidak faham dan tertanya-tanya apakah
                                                                              penyakit tersebut? Bagaimanapun, tak
                   asa pening kepala, keletihan                               sangka saya juga mengalami masalah
                   dan kebas anggota badan                                    serupa,” kongsi wanita berusia 40 tahun itu
                   mungkin antara signal                                      mengimbau zaman remajanya.
                   tubuh yang sering diabaikan.
                   Namun bagi Dr. Nur Asyura                                  Anak kelahiran negeri Johor itu mengakui
                   Binti Nor Amdan, simptom                                   beliau menerima takdir menghidap
              Ryang berlarutan telah                                          penyakit kronik tersebut dengan hati yang
               menimbulkan tanda tanya pada                                   terbuka.
               dirinya.
                                                                              “Mungkin pada peringkat awal, saya sendiri
               Situasi itu mula disedari ketika                               tidak mempunyai banyak pengetahuan
               beliau berada di tahun akhir                                   tentang penyakit ini dan apabila berasa
               pengajian ijazah di Universiti                                 tubuh semakin sihat dengan ubat-ubat
               Malaya. Doktor pada awalnya                                    yang dibekalkan, saya rasa bersyukur. Apa
               mengesyaki ia adalah serangan                                  lagi sesi pengajian saya di menara gading
               vertigo.                                                       tidak banyak terganggu dan masih dapat
                                                                              menjalani kehidupan seperti biasa.
















                                                                             Dr. Nur Asyura bekerja dalam bidang mikrobiologi
                                                                             meskipun menghidap penyakit autoimun.

    4  SEPTEMBER 2025     MYHEALTH FOR LIFE
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13