Page 7 - MyHealth Sept 2025 Final
P. 7

Pada tahun 2023, Al-Rumie akhirnya
           MENGULAS LANJUT, AL-RUMIE MENGAKUI SERANGAN                       berjaya menamatkan Tokyo Marathon yang
                                                                             tertangguh dan pada kali ini dengan rentak
                                                                             sederhana dan lebih memikirkan kesihatan
           JANTUNG BOLEH BERLAKU PADA SESIAPA SAHAJA,                        berbanding catatan masa.

           TIDAK KIRA AKTIF ATAU TIDAK.                                      Rutin hariannya juga menjadi lebih teratur.
                                                                             Al-Rumie memantau kadar denyutan
                                                                             jantung dengan jam pintar, memastikan
                                                                             tidur cukup, mengurus stres, makan
                                                                             ubat mengikut ketetapan waktu dan
                                                                             menjauhkan aktiviti berisiko tinggi seperti
                                                                             badminton atau berlari terlalu laju.
                                                                             Lebih menarik, Pengurus Kanan Operasi
                                                                             di sebuah GLC itu menggunakan media
                                                                             sosial termasuk YouTube dengan lebih 76
                                                                             ribu pengikut untuk berkongsi pengalaman
                                                                             menggunakan hashtag #sebarkankebaikan.
                                                                             “Saya suka gunakan diri saya sendiri
                                                                             sebagai case study. Ada orang malu dan
                                                                             saya juga begitu pada mulanya. Namun,
                                                                             tiada model yang lebih tepat selain diri
                                                                             saya dan ia lebih jujur dan berkesan.
                                                                             “Kalau kita jatuh sakit atau meninggal,
                                                                             keluarga kita yang akan susah. Saya
                                                                             sendiri merupakan tunggak keluarga dan
                                                                             mempunyai seorang anak autisme yang
                                                                             perlukan perhatian penuh,” katanya.
            Sejarah lampau                 Pada awalnya, Al-Rumie tidak dapat
                                           menerima hakikat  tersebut. Hal ini
            Mengimbau kembali pengalaman   kerana, beliau seorang yang rajin
            pernah berdepan serangan jantung   bersenam dan pemeriksaan kesihatan
            yang hampir meragut nyawanya,   tahunan adalah normal. Pun begitu,
            Al-Rumie memberitahu kejadian itu   pakar menjelaskan bahawa sejarah
            berlaku ketika persedian mengambil   lampau seperti pernah merokok,
            bahagian dalam kejohanan Tokyo   obesiti, darah tinggi, asma teruk,
            Marathon pada tahun 2020. Acara   stres kerja dan faktor genetik turut
            itu bagaimanapun dibatalkan akibat   memainkan peranan besar.
            penularan COVID-19.
                                           Selepas menjalani proses pemulihan
            Mengakui kecewa kerana persiapan   selama tiga bulan, bapa kepada
            termasuk latihan, tiket penerbangan   dua orang cahaya mata itu kembali
            dan penginapan sudah dibuat namun   memulakan latihan secara perlahan-
            bapa kepada dua orang cahaya   lahan.
            mata itu tidak menyangka ia adalah
            perancangan Allah yang terbaik kerana   “Saya adjust expectations. Dah tak
            beliau terkena serangan jantung   kejar timing, saya lari untuk sihat,”
            sebanyak dua kali semasa melakukan   katanya.
            aktiviti larian.

            “Tiba-tiba dada rasa sangat sakit,
            sesak nafas dan berpeluh-peluh. Saya
            fikir ia serangan asma dan pergi ke
            klinik untuk rawatan. Keesokan hari
            ketika berjoging di Teluk Intan, saya
            alami serangan kedua yang lebih
            teruk dan hampir rebah di tepi tasik,”
            katanya mengimbas detik cemas.
            Beliau kemudiannya ke hospital dan
            hasil pemeriksaan amat mengejutkan
            apabila salur darah jantung tersumbat
            90 peratus iaitu sepanjang 4
            sentimeter, memerlukan prosedur
            angiogram dan pemasangan stent.



                                                                                    MYHEALTH FOR LIFE     SEPTEMBER 2025  3
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12