Page 22 - emagJun2026
P. 22

WASPADA BAHANG MATAHARI




          Lindungi Diri dan Golongan Berisiko Daripada Ancaman

          Cuaca Panas


                                                         Sejak kebelakangan ini,   Aktiviti Fizikal:
                                                         bahang matahari terasa    Punca Utama
                                                         semakin menyengat. Malah,
                                                         seawal pagi lagi ramai    Penyakit Berkaitan
                                                         yang sudah mula berpeluh   Haba
                                                         meskipun baru sahaja
                                                         memulakan rutin harian.
                                                                                   Data menunjukkan bahawa
                                                         Namun, ramai yang mungkin   58% kes penyakit berkaitan
                                                         terlepas pandang bahawa   cuaca panas berpunca
                                                         cuaca panas bukan sekadar   daripada aktiviti fizikal yang
                                                         isu ketidakselesaan, tetapi   dilakukan semasa suhu tinggi.
                                                         ia mampu mengundang       Hampir separuh melibatkan
                                                         masalah kesihatan yang    aktiviti sukan dan olahraga
                                                         serius.                   seperti merentas desa, latihan
                                                                                   sukan, dan acara maraton.
                                                                                   Sebahagian lagi melibatkan
                                                                                   latihan fizikal berintensiti
                                                                                   tinggi yang dilakukan oleh
                                                                                   pasukan keselamatan dan
                                                                                   unit operasi.


           Siapakah Golongan Berisiko Tinggi?


           Walaupun cuaca panas memberi kesan kepada semua orang, golongan berikut adalah yang paling rentan terhadap bahaya haba.







            Warga Emas: Individu   Kanak-Kanak: Bayi   Ibu Terdedah: Ibu   Pesakit Kronik:   Pekerja Luar: Petani,   Individu Aktif: Ahli
            berumur 60 tahun dan   dan kanak-kanak   hamil dan ibu yang   Penghidap darah   buruh binaan,   sukan yang kerap
                 ke atas    berumur 5 tahun ke   sedang menyusukan   tinggi, kencing manis,   pelombong dan   menjalani latihan
                                 bawah           anak       penyakit pernafasan,   peladang
                                                            dan penyakit jantung

           7 Langkah Pencegahan Utama

          Bagi mengurangkan risiko strok haba   4. Gunakan Pelindung:         Semua pihak termasuk agensi kerajaan,
          atau kelesuan haba, orang ramai     Pakai topi atau payung, serta pilih   institusi pendidikan serta pusat jagaan
          dinasihatkan untuk mengambil tindakan   pakaian yang ringan, longgar, dan   digesa agar mengambil langkah
          berikut:                            berwarna cerah.                 pencegahan sewajarnya, khususnya
                                            5. Pantau Golongan Rentan:        dalam merancang dan melaksanakan
          1. Hadkan Aktiviti Luar:            Pastikan bayi, warga emas, dan   aktiviti luar bagi mengurangkan risiko
            Kurangkan aktiviti fizikal lasak dan   pesakit kronik mendapat bekalan   penyakit berkaitan haba.
            pendedahan berpanjangan di bawah   air yang cukup dan sentiasa pantau
            terik matahari.                   keadaan mereka.                 Orang awam boleh mendapatkan
          2. Cari Tempat Teduh:             6. Keselamatan Kenderaan:         maklumat terkini status cuaca panas
            Sekiranya perlu bekerja di luar,   Jangan sesekali meninggalkan   di laman sesawang METMalaysia
            pastikan anda berehat secukupnya   kanak-kanak bersendirian di dalam   (https://www.met.gov.my/iklim/status-
            di tempat yang teduh untuk        kenderaan, walaupun untuk seketika.  cuaca-panas/) dan langkah-langkah
            menyejukkan suhu badan.         7. Dapatkan Rawatan:              pencegahan bagi mengurangkan kesan
          3. Hidrasi Berterusan:              Segera ke fasiliti kesihatan jika   kesihatan akibat cuaca panas di laman
                                                                              sesawang KKM (https://infosihat.moh.
            Minum air kosong dengan kerap     mengalami gejala seperti pening,   gov.my/cuaca-panas.html).
            walaupun anda tidak berasa dahaga   mual, kekejangan otot atau keletihan
            bagi mengelakkan dehidrasi.       yang melampau.


    18 JUN 2026     MYHEALTH FOR LIFE
   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27