Page 19 - emagJun2026
P. 19

Senarai ini membantu mengenal pasti bahan
                                                                     utama dalam produk. Apabila gula atau lemak
                                                                     disenaraikan paling awal, ini menunjukkan bahawa
                                                                     kandungan paling banyak dalam produk makanan
                                                                     atau minuman tersebut adalah gula atau lemak.

                                                                     Dalam beberapa produk, perkataan ‘gula’, ‘lemak’
                                                                     dan ‘garam’ mungkin tidak disenaraikan dalam
                                                                     ramuan. Kita mungkin ingat makanan tersebut tidak
                                                                     mengandungi gula, lemak atau garam. Akan tetapi,
                                                                     ia sebenarnya telah disenaraikan dengan nama-
                                                                     nama gantian yang lain.

                                                                     i.  Gantian nama merujuk gula: Sukrosa, fruktosa,
                                                                        maltosa, gula kastor, gula perang, pemanis
                                                                        jagung, sirap jagung, sirap pekat, ekstrak malt
          4. Panel Maklumat Pemakanan                                   dan sebagainya.
                                                                     ii.  Gantian nama merujuk lemak: gliserol, lelemak
          Panel Maklumat Pemakanan menyatakan maklumat terperinci       sayuran (shortening), minyak, mentega dan
          mengenai saiz hidangan dan kandungan nutrien seperti tenaga,   lain-lain.
          karbohidrat, lemak serta natrium (sodium).                 iii. Gantian nama merujuk garam: monosodium
                                                                        glutamat, natrium (sodium), serbuk penaik  dan
          Maklumat ini dipaparkan dalam dua bentuk:                     lain-lain.
          i.  Setiap hidangan: Membantu pengguna mengetahui jumlah
            sebenar nutrien yang diambil mengikut cadangan pengambilan   Membaca label pemakanan adalah amalan penting
            dalam satu hidangan.                                     dalam memilih produk makanan yang lebih sihat.
          ii. Setiap 100g atau 100ml: Memudahkan pengguna membuat    Dengan memahami maklumat seperti logo Pilihan
            perbandingan yang tepat antara produk berbeza jenama tetapi   Lebih sihat, ikon tenaga, akuan pemakanan, Panel
            dalam kategori yang sama.                                Maklumat Pemakanan dan senarai ramuan yang
                                                                     terdapat pada label produk, pengguna dapat
                                                                     membuat keputusan yang lebih tepat dan bijak
          5. Senarai Ramuan                                          untuk kesihatan diri dan keluarga.

          Setiap produk makanan mesti menyenaraikan ramuan yang
          terkandung di dalamnya. Ramuan dalam produk makanan        Disediakan oleh:
          disenaraikan dengan mengikut susunan turutan kuantiti bahan,   Bahagian Pemakanan,
          bermula daripada yang paling banyak sehingga yang paling sedikit.  Kementerian Kesihatan Malaysia











































                                                                                        MYHEALTH FOR LIFE     JUN 2026  15
   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24