Page 17 - emagJun2026
P. 17

Rawatan

                             Gout adalah penyakit yang boleh dikawal,
                             dirawat dan sembuh tetapi perlu mengambil
                             langkah-langkah untuk mengatasinya.

                             I. Rawatan serangan akut
                               Rehatkan sendi semasa serangan gout       Muda, Aktif…
                               Ubat antiradang untuk kurangkan sakit dan    Tapi Boleh Kena Gout…
                                keradangan
                               Ubatan lain seperti Colchicine (perlu      “Tak sangka umur saya baru 28 tahun,
                                preskripsi doktor kerana boleh menyebabkan    tapi sudah disahkan menghidap gout.”
                                rasa loya, muntah dan cirit-birit)       Itulah pengalaman seorang pekerja swasta yang
                               Steroid (hanya melalui preskripsi doktor).   aktif bersukan. Muhamad Aminudin (bukan nama
                                                                         sebenar) sememangnya mengamalkan gaya hidup
                               Suntikan terus ke sendi atau pil jangka pendek  cergas dengan rutin senaman yang konsisten.
                               Rawatan awal penting untuk mengelakkan    Namun, dia tidak pernah menyangka akan diuji
                                keadaan menjadi lebih teruk              dengan penyakit yang sering dikaitkan dengan
                                                                         golongan berusia.
                             II. Rawatan jangka panjang
                                                                         Segalanya bermula apabila ibu jari kakinya tiba-tiba
                               Kawal pemakanan dan gaya hidup
                                                                         membengkak dan disertai kesakitan yang amat
                               Elakkan makanan tinggi purin (daging,     perit selepas menikmati sepinggan nasi goreng yang
                                makanan laut, kekacang)                  dibeli di sebuah restoran, sejurus pulang daripada
                               Jaga berat badan                          bersukan pada suatu malam.
                               Elakkan minuman beralkohol                Pada awalnya, dia menyangka ia sekadar kecederaan
                               Penggunaan ubat Allopurinol (perlu diambil   biasa akibat bersukan. Namun, kesakitan yang
                                berterusan seperti diarahkan doktor) bagi   semakin memuncak sehingga menyukarkan
                                menurunkan paras asid urik dalam darah dan   pergerakan memaksanya mendapatkan pemeriksaan
                                mencegah serangan gout berulang.         lanjut dan disahkan menghidap gout.

                                                                         “Sakitnya lain macam, sampai nak pijak lantai
                                                                         pun tak boleh,” katanya, sambil berkongsi bahawa
                             Pencegahan                                  bapanya juga menghidap penyakit yang sama.

                                                                         Kesakitan yang dialami bukan sahaja mengganggu
                               Ubah gaya hidup untuk kekalkan paras asid    rutin harian, malah menjadi semakin serius sehingga
                                urik normal                              memerlukan rawatan di hospital. Doktor terpaksa
                               Amalkan gaya hidup sihat bagi mengelakkan    menyedut keluar asid urik yang terkumpul di
                                penyakit berkaitan gout                  dalam sendi kaki bagi melegakan kesakitan yang
                                                                         dialaminya.
                               Jangan ubah atau hentikan dos ubat semasa
                                serangan gout
                                                                         Diagnosis tersebut memberi kesan besar dalam
                               Minum banyak air.                         kehidupannya. Aktiviti sukan terpaksa dihentikan
                                                                         buat sementara waktu, manakala pemakanan
                                                                         pula perlu dikawal dengan lebih teliti, terutama
          ELAKKAN MAKAN                  KURANGKAN MAKAN                 pengambilan makanan tinggi purin seperti daging
            Organ dalaman seperti hati, paru-    Asparagus, bunga kobis,    merah dan makanan laut.
             paru, ginjal dan otak          cendawan dan bayam
            Ikan bilis, kembung, sardin   Kekacang                       Namun begitu, Aminudin bukan individu yang
                                                                         mudah berputus asa. Berbekalkan nasihat doktor,
            Daging cincang                Unggas                         dia mula mengubah gaya hidup dengan memastikan
            Ekstrak daging, ragi (seperti      Roti jagung dan bijirin   pengambilan air yang mencukupi, menjaga diet
             Marmite) dan kiub rebusan daging                            harian dan mengambil ubat seperti yang disarankan
                                                                         supaya dapat kembali menjalani hidup aktif.
            Makanan bercengkerang seperti
             ketam, udang dan kerang                                     Baginya, gout bukan lagi penyakit orang tua.
                                                                         Ia boleh menyerang sesiapa sahaja, termasuk
                                                                         golongan muda. Pesannya, kenali risiko diri, lakukan
                             Gout bukan sekadar sakit sendi biasa, tetapi   pemeriksaan awal dan amalkan gaya hidup sihat
                             boleh menjejaskan kualiti hidup jika tidak   demi kualiti hidup yang lebih baik.
                             dikawal. Namun, dengan pemakanan yang
                             seimbang, gaya hidup sihat dan patuh kepada
                             rawatan, penyakit ini boleh dicegah dan          Semakan   DR. MEGAT MUHAMMAD HARIS BIN MEGAT ZAINAL
                             dikawal dengan baik.                               oleh:  PAKAR PERUBATAN KELUARGA,
                                                                                      Klinik Kesihatan Muhibbah

                                                                                        MYHEALTH FOR LIFE     JUN 2026  13
   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22