Page 18 - emagJun2026
P. 18

2. Ikon Tenaga (Energy Icon)

                                                                           Ikon tenaga pada pek hadapan bungkusan
                                                                           makanan menunjukkan jumlah kalori bagi
                                                                           setiap hidangan. Contohnya, 1 hidangan susu
                                                                           (1 gelas) mengandungi 96 kcal bersamaan
                                                                           kira-kira 5% daripada keperluan tenaga harian
                                                                           berdasarkan purata pengambilan harian (2,000
                                                                           kcal). Maklumat ini boleh membantu pengguna
                                                                           mengawal pengambilan kalori harian dan
                                                                           mengelakkan pengambilan secara berlebihan.











        PANDUAN MEMBACA



        LABEL PEMAKANAN




        UNTUK PEMILIHAN PRODUK


        YANG LEBIH SIHAT




        Semasa membeli makanan atau      Sebagai contoh, apabila terdapat
        minuman berbungkus di pasar      pelbagai pilihan susu berperisa di
        raya atau kedai runcit, pengguna   pasaran, logo ini memudahkan
        lazimnya hanya memberi perhatian   pengguna membuat pilihan yang
        kepada harga dan tarikh luput bagi   lebih baik berdasarkan kandungan
        memastikan harga produk berpatutan   nutrien seperti kandungan gula,
        serta selamat dimakan.           lemak dan kalsium dalam produk
                                         tersebut.
        Tahukah anda, ada satu lagi
        maklumat pemakanan pada label
        yang sangat penting untuk membantu                                 3. Akuan Pemakanan
        pengguna membuat pilihan makanan
        yang lebih sihat namun sering
        diabaikan.                                                         Akuan ini menunjukkan kandungan atau fungsi
                                                                           nutrien dalam produk seperti rendah gula,
                                                                           rendah lemak, sumber serat, tinggi kalsium
        Terdapat beberapa komponen utama
        pada label pemakanan yang boleh                                    atau protein untuk membina dan membaiki
        dijadikan panduan:                                                 tisu badan dan lain-lain. Namun, pengguna
                                                                           tetap perlu berhati-hati dalam membuat
        1. Logo Pilihan Lebih                                              pilihan dan menyemak silang dengan Panel
                                                                           Maklumat Pemakanan kerana produk tersebut
        Sihat (Healthier Choice                                            mungkin tinggi nutrien tertentu tetapi masih
        Logo)                                                              mengandungi gula atau lemak yang tinggi.
                                                                           Semua akuan ini perlu mematuhi keperluan
                                                                           di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-
        Logo Pilihan Lebih Sihat (HCL)                                     Peraturan Makanan 1985.
        yang terdapat pada pek hadapan
        bungkusan bertujuan membantu
        pengguna mengenal pasti produk
        yang lebih sihat dalam kategori yang
        sama.





    14 DISEMBER 2025     MYHEALTH FOR LIFE
   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23