Page 27 - emagJun2026
P. 27

Ministry of Health Malaysia


           Vaksin Influenza Penting Untuk


           Warga Emas & Pesakit Kronik



           Ramai yang menganggap influenza sekadar selesema biasa,
           tetapi hakikatnya influenza adalah penyakit serius yang boleh           DAPATKAN SLOT
           membawa kepada komplikasi yang mengancam nyawa,                     TEMUJANJI VAKSINASI
           terutamanya dalam kalangan warga emas dan individu yang
           mempunyai penyakit kronik seperti kencing manis, penyakit                    Melalui aplikasi
           jantung, paru-paru dan buah pinggang.                                        MySejahtera

           Suntikan vaksin influenza tahunan melindungi warga emas                        ATAU
           dan pesakit kronik daripada komplikasi yang mengancam                        Walk-in ke klinik
           nyawa seperti:                                                               kesihatan terpilih

                      Pneumonia                                                 (bergantung kepada ketersediaan
                      (penyebab kematian              Keradangan                 stok vaksin pada hari tersebut)
                      utama di Malaysia)              jantung
                                                                                Untuk maklumat lanjut,
                                                                                   sila imbas kod QR
                      Keradangan                      Keradangan
                      otak                            tisu otot



                      Sepsis                                                         https://actoflove.ifl.my/ms/
                                                                                       laman-utama/
                      (tindak balas imun yang dicetuskan oleh
                      suatu jangkitan)


                      Tidak balas yang melampau terhadap jangkitan
                      akan mengakibatkan kegagalan pelbagai organ



                BERITA BAIK!


            Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini
            menawarkan vaksinasi influenza kepada:
             •  Individu berumur 50 tahun dan ke atas
               yang mempunyai sekurang-kurangnya satu
               penyakit kronik
             •  Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas
               tanpa mengira status kesihatan.






                                                                                        MYHEALTH FOR LIFE     JUN 2026  23
   22   23   24   25   26   27   28