Page 25 - emagJun2026
P. 25

TANYA FARMASI



                         MyMediSAFE: CARA SELAMAT



                                    UNTUK MELUPUSKAN UBAT





          Amalan melupuskan ubat yang telah rosak, luput atau tidak digunakan lagi bersama-sama sisa domestik ke dalam tandas atau
          melalui singki merupakan kaedah pelupusan yang salah dan menyumbang kepada pencemaran sumber air. Sebagai langkah strategik
          untuk membantu masyarakat melupuskan ubat dengan cara yang betul, inisiatif Pelupusan Ubat-ubatan dalam Simpanan Pesakit
          demi Kelestarian Alam Sekitar atau MyMediSAFE telah diperkenalkan sejak tahun 2024. 

          Inisiatif MyMediSAFE merupakan kolaborasi antara Kementerian Kesihatan Malaysia dengan pelbagai rakan strategik daripada sektor
          awam dan swasta, seperti beberapa agensi kerajaan, persatuan profesional, hospital swasta, universiti, farmasi komuniti serta syarikat
          farmaseutikal dan pengiklanan kesihatan. Hingga Mac 2026, sebanyak 37 organisasi yang menyokong dan menyertai MyMediSAFE
          sebagai rakan strategik serta terdapat 1,248 pusat pengumpulan ubat-ubatan di seluruh negara.



           Beberapa langkah mudah boleh diambil oleh orang awam
           bagi menyokong pelaksanaan MyMediSAFE, iaitu:


           i.  Asingkan ubat yang telah rosak,   Semua ubat yang dikumpulkan tidak
             melepasi tarikh luput atau tidak   akan digunakan semula atau diberikan
             digunakan lagi.                 kepada orang lain. Ubat-ubatan yang
                                             telah dikumpulkan tersebut seterusnya
           ii.  Hapuskan label keselamatan   akan dilupuskan dengan cara yang
             hologram dan maklumat           betul melalui syarikat perkhidmatan
             peribadi pada sampul atau pek   pelupusan.
             pembungkusan ubat.
                                             Kesimpulannya, melalui usaha seperti
           iii.  Bungkuskan ubat yang hendak   MyMediSAFE, orang awam dapat
             dilupuskan di dalam bekas yang   melupuskan ubat-ubatan yang tidak
             bersesuaian, contohnya seperti beg   digunakan lagi dengan cara yang betul
             kertas terpakai. Ubat-ubatan tidak   dan selamat. Usaha ini juga dapat
             perlu dikeluarkan daripada bekas   membantu mencegah pencemaran,
             asal.                           mengelakkan risiko kesihatan dan
           iv.  Bawa ubat tersebut ke lokasi pusat   kerintangan antimikrob serta melindungi
             pengumpulan ubat MyMediSAFE yang   alam sekitar.
             berhampiran untuk dilupuskan secara
             betul dan selamat.
           v.  Imbas kod QR yang terdapat pada
                                               Orang awam boleh menyemak
             kotak pengumpulan ubat untuk      “
             menjawab soalan tinjauan.         lokasi pusat pengumpulan
                                               yang berhampiran dengan
                                               melayari laman web rasmi
                                               MyMediSAFE
                                               (www.mymedisafe.org.my).
                                                                             “      Orang awam boleh

                                                                                    memasukkan ubat yang
                                                                                    hendak dilupuskan ke dalam
                                                                                    kotak pengumpulan atau
                                                                                    menyerahkannya kepada
                                                                                    ahli farmasi di pusat
                                                                                    pengumpulan.




                                                                               Disediakan oleh:
                                                                               Mohd Shahiri bin Abd Ghapar
                                                                               Pegawai Farmasi UF14
                                                                               Bahagian Amalan dan Perkembangan Farmasi
                                                                               shahiri@moh.gov.my


                                                                                        MYHEALTH FOR LIFE     JUN 2026  21
   20   21   22   23   24   25   26   27   28