Kempen Nak Sihat

logo1

Kempen Nak Sihat merupakan satu lagi inisiatif Kementerian Kesihatan Malaysia untuk membudayakan cara hidup sihat menerusi aktiviti fizikal dalam kalangan masyarakat Malaysia khususnya golongan belia. Ia menggunakan pendekatan menggembeling penyertaan belia secara besar-besaran dalam aktiviti fizikal dan mewarwarkannya melalui media perdana untuk memberi kesedaran dan meningkatkan minat belia untuk hidup aktif.

Objektif Kempen Nak Sihat:

  1. Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan komuniti belia tentang kepentingan melakukan aktiviti fizikal.
  2. Memupuk sikap positif dalam komuniti belia terhadap amalan aktiviti fizikal.
  3. Membina kemahiran, keyakinan diri dan menggalakkan komuniti belia melakukan aktiviti fizikal.
  4. Menggalakkan komuniti belia membudayakan aktiviti fizikal sebagai rutin kehidupan seharian.

Majlis Pelancaran Kempen Nak Sihat akan diadakan secara serentak pada 7 September 2013 di seluruh negara. Dianggarkan penyertaan adalah seramai 70,000 peserta dari seluruh negara yang turut serta dalam majlis pelancaran ini di peringkat negeri masing-masing.

Majlis Pelancaran Kempen Nak Sihat Peringkat Kebangsaan:

Tarikh : 7 September 2013 (Sabtu)
Tempat : Dataran Wawasan Presint 2
  : (hadapan Kompleks Kementerian Kewangan Putrajaya)
Masa : 6.30 pagi hingga 12.00 tengahari
Perasmi : YB Datuk Seri Dr. S. Subramaniam
    Menteri Kesihatan Malaysia
Aktiviti Utama : i) Acara Berjalan 10,000 Langkah
    ii) 15 acara sukaneka berbentuk aktiviti fizikal
    iii) Saringan kesihatan percuma
    iv) Pameran Kesihatan
    v) Cabutan bertuah

Kempen Media Nak Sihat
Untuk mengukuhkan lagi pelaksanaan Kempen Nak Sihat, publisiti menerusi media perdana juga di titik beratkan.

  • Iklan di akhbar-akhbar utama tempatan
  • Iklan di majalah
  • Iklan di televisyen
  • Iklan radio
  • Billboards
  • School boards
  • Bus wrap
  • Twitter : @1naksihat
  • Facebook : 1naksihat
  • Laman web : www.1naksihat.my

Cetak Emel

Bahagian Pendidikan Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia, Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62590 Putrajaya, Malaysia.


Tel : +603 88834500 Faks : +603-88886262 Emel : infosihat@moh.gov.my

media facebook media instagram media twitter rss media youtube rss